awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farrah Naz dipilih sebagai ahli lembaga Majlis Media Malaysia dalam AGM pertama

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
07/11/2025
11:56 MYT
Farrah Naz dipilih sebagai ahli lembaga Majlis Media Malaysia dalam AGM pertama
Farrah Naz Abd Karim dilantik sebagai salah seorang anggota lembaga Majlis Media Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM). - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Timbalan Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima yang juga Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Abd Karim, hari ini dipilih sebagai salah seorang anggota lembaga Majlis Media Malaysia pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertamanya yang berlangsung dengan penyertaan luas wakil industri media.
Di bawah Kategori A yang mewakili syarikat media, mereka yang dipilih ialah bekas Pengerusi Interim Premesh Chandran; Farrah Naz; Ketua Pegawai Kandungan Star Media Group Datin Esther Ng; serta Pengurus Besar Borneo Post dan Utusan Borneo, Phyllis Wong Yang Yong.
Kategori B, yang mewakili wartawan dan persatuan media, menyaksikan pemilihan Mohamad Fauzi Ishak, Mariah Airens Doksil, Mohd Ishak Abdillah Ngah, dan Adie Suri Zulkefli.
Sementara itu, bagi Kategori C yang mewakili orang awam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anggota yang dilantik merangkumi Ketua Pegawai Eksekutif Content Forum, Mediha Mahmood; Profesor Zaharom Nain, Terence Ooi dan Cynthia Lorraine Silva.
“Alhamdulillah, hari ini kita berjaya menghimpunkan begitu ramai wartawan dan pengamal media untuk menjayakan AGM pertama Majlis Media Malaysia. Barisan kepimpinan juga telah dilantik, dan saya bersyukur diberi kepercayaan mewakili syarikat media,” katanya.
“Kerja kami bermula hari ini untuk mengukuhkan industri dan menjadikannya lebih bebas dari pengaruh luar. Kami berharap semua pemain industri dapat bersama menyokong langkah ini agar media kita menjadi lebih kukuh dan bersatu,” katanya selepas Majlis AGM, di sini hari ini.
Beliau turut berkongsi bahawa sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai cadangan dan pandangan telah dibentangkan daripada kalangan wartawan lapangan, editor serta NGO yang terlibat.
“Semangat rakan-rakan industri untuk membawa perubahan sangat jelas. Pandangan daripada semua peringkat ini amat bernilai dalam membentuk hala tuju majlis,” ujarnya lagi.
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia telah diluluskan di Dewan Rakyat pada Februari lalu, dengan matlamat membangunkan kod etika pelaporan berwibawa serta memastikan aduan awam berkaitan pelaporan media dapat ditangani secara teratur.
Majlis ini dijangka memainkan peranan penting dalam menetapkan standard pelaporan, mempromosikan amalan kewartawanan beretika dan memulihkan keyakinan masyarakat terhadap media arus perdana.
Topic Berkaitan
#Majlis Media Malaysia
#Rang Undang-Undang
#Dewan Rakyat
#ahli lembaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan