awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa 2 PPN: PdPR masih dikekalkan di lima negeri - KPM

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
04/07/2021
12:36 MYT
Fasa 2 PPN: PdPR masih dikekalkan di lima negeri - KPM
Menurut KPM, murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus mengikuti PdPR meskipun telah beralih ke Fasa 2 PPN. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi pelajar kelas peperiksaan di lima negeri yang telah beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini, PdPR ini akan kekal sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai 2021 bagi negeri di bawah Kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri Kumpulan B.
"Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin pada 6 Jun lalu.
"Ini bermakna, sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara PdPR," jelas kenyataan tersebut.
Ujar KPM, maklumat berkenaan pengoperasian sekolah untuk penggal berikutnya bagi negeri di bawah dua kumpulan berkenaan akan diumumkan oleh pihaknya sebelum penggal persekolahan bermula.
"Pemakluman lanjut mengenai pengoperasian sekolah bagi sesi persekolahan penggal berikutnya yang dijadualkan pada 25 Julai 2021 bagi negeri kumpulan A dan 26 Julai 2021 bagi negeri kumpulan B akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolahan tersebut bermula," jelas KPM.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan lima negeri beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa 5 Julai depan.
Beliau berkata, lima negeri tersebut ialah Perlis, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
BACA: Lima negeri memasuki Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara 5 Julai ini
Topic Berkaitan
#KPM
#PdPR
#pdp
#Pengoperasian Sekolah
#murid kelas peperiksaan
#Pelan Pemulihan Negara
#Kementerian Pendidikan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan