awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fasa peralihan endemik: Jangan 'padam' norma baharu - Annuar Musa

Bernama
Bernama
29/03/2022
20:30 MYT
Fasa peralihan endemik: Jangan 'padam' norma baharu - Annuar Musa
Annuar ketika ditemu bual dalam rancangan Responsif bertajuk 'Peralihan Ke Fasa Endemik' di Angkasapuri malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Fasa peralihan ke endemik bermula 1 April ini bukan bermakna rakyat Malaysia melupakan norma baharu yang menjadi amalan sepanjang lebih dua tahun ini susulan pandemik COVID-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat sebaliknya perlu terus mengekalkan amalan positif termasuk soal penjagaan kebersihan diri.
"Kita jangan padam semua norma-norma baharu ini, kebersihan diri misalnya. Contohnya pakai pelitup muka, kalau di Jepun ia lazim, dulu pun kita rasa pakai pelitup muka ini macam (amalan) yang asing, tetapi sekarang kalau tak bawa pelitup muka, kita rasa ada yang tak kena, jadi elok kita teruskan amalan ini," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Responsif: Peralihan Ke Fasa Endemik yang disiarkan melalui TV1 malam tadi.
Annuar berkata dasar norma baharu seperti bekerja dari rumah dan membeli secara dalam talian juga boleh dijadikan budaya jika dirasakan bersesuaian.
"Begitu juga dengan sistem pengudaraan di dalam bangunan, dahulu kalau nak membina bangunan tiada siapa yang peduli tentang ini, tetapi kini ia menjadi antara perkara yang perlu diberi perhatian, ini semua boleh kita teruskan dan buat ubah suai mana yang sesuai," katanya.
Ditanya mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mungkin boleh dilaksanakan apabila lebih banyak kelonggaran terhadap prosedur operasi standard mulai 1 April ini, Annuar berkata kerajaan perlu melihat keperluan pilihan raya tersebut diadakan.
"Bila ia perlu berlaku, itu atas pertimbangan kerajaan, pertama jika ia sudah cukup tempoh atau belum, jika sudah, maka ia patut diadakan.
"Kedua, adakah situasi semasa mengizinkan proses demokrasi itu berjalan, jika keadaan keselamatan mengizinkan, ia boleh diadakan atau tidak, kerajaan perlu buat keputusan, semasa proses transisi ini adalah masa paling baik untuk kerajaan merenung sama ada ia boleh diadakan atau tidak," katanya.
Bagaimanapun, katanya, proses untuk membubarkan Parlimen bukan perkara kecil dan perlu mengambil kira kesan kepada negara termasuk pelaburan ke dalam negara, dasar-dasar yang sedang berjalan dan pertumbuhan ekonomi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Fasa Peralihan Ke Endemik
#norma baharu
#1 April
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan