KUALA LUMPUR: Bermula 12 tengah malam ini, negara beralih ke Fasa Peralihan ke Endemik selepas lebih dua tahun berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan.
Ini termasuklah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang pertama pada 18 Mac 2020, penutupan sempadan negara, pengenalan amalan penjarakan fizikal, pelaksanaan pemakaian pelitup muka di tempat awam, serta penggunaan aplikasi MySejahtera dan lain-lain lagi.
Namun mulai 1 April esok, Fasa Peralihan Ke Endemik menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan semula, termasuk aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
Mulai esok juga, premis perniagaan dibolehkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis, apabila had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan.
Bagaimanapun pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu manakala pendaftaran kemasukan menggunakan aplikasi MySejahtera juga masih diwajibkan, dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.
Sebanyak sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.
Kerajaan Negeri Sembilan pula menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang.
Johor membenarkan semua masjid dan surau merapatkan sejadah ketika pelaksanaan solat berjemaah tanpa bersentuhan antara jemaah mulai esok, manakala turut mengambil langkah yang sama ialah Pahang, yang membenarkan kehadiran ke masjid dan surau kepada semua sama ada divaksin atau belum.
Perlis sudah membenarkan solat jemaah berjemaah dengan merapatkan saf sejak Januari lepas, sementara Sabah mengumumkan surau dan masjid boleh melaksanakan solat berjemaah dengan kapasiti penuh tanpa sentuhan fizikal berkuatkuasa esok.
Mengenai pembukaan sempadan negara, sumber AirAsia Malaysia ketika dihubungi menyatakan penerbangan pertama yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) esok ialah AK52 dari Bengaluru pada 6.20 pagi.
Sumber itu berkata AirAsia akan mengadakan acara sambutan penerbangan antarabangsa bagi untuk penerbangan AK381 dari Jakarta, yang dijangka tiba pada 11.45 pagi esok.
"Sebanyak 12 penerbangan antarabangsa AirAsia dari lapan negara iaitu Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India, dijangka mendarat di klia2 esok," katanya.
Sumber Malaysia Airports Holdings Berhad ketika dihubungi menyatakan data mengenai penerbangan antarabangsa yang tiba dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, akan diumumkan menerusi satu kenyataan esok.
Sementara itu jurucakap rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita ketika dihubungi menerusi Whatsapp menyatakan lapan restorannya akan beroperasi secara 24 jam bermula tengah malam ini.
Lokasi lapan restoran berkenaan ialah di Taman Chai Leng di Prai dan Jalan Macalister di Pulau Pinang; Jalan Ampang dan Desa Sri Hartamas di ibu negara; Subang Jaya, Ampang Point dan Sunway di Selangor dan sebuah lagi di Ipoh.
Sementara 16 lagi rangkaian restoran Nasi Kandar Pelita di seluruh negara akan beroperasi dalam pelbagai waktu termasuk dari 6 pagi hingga 2 pagi, 9 pagi hingga 6 pagi dan 3 petang hingga 6 pagi.
Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula esok dengan pembukaan sempadan negara, banyak agensi pelancongan mula mengiklankan pakej percutian.
Sebuah agensi pelancongan MyZarra Travel and Services Sdn Bhd telahpun mempromosikan percutian ke negara Eropah dan Balkan bermula bulan depan.
Namun dalam keghairahan menikmati Fasa Peralihan Ke Endemik dengan merancang percutian ke luar negara, bersahur di restoran dan pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bersama keluarga setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian, semua pihak masih perlu beringat peperangan terhadap COVID-19 masih belum tamat.
Pesan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, orang ramai janganlah lalai dan terus mengamalkan kawalan kendiri, dalam memastikan COVID-19 terus terkawal dan tidak lagi membelenggu kehidupan masyarakat keseluruhannya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 31 2022
Pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu walaupun negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik. - Gambar/ Bernama
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.
Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.
Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.
Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.
Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.
Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.