KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan orang ramai bahawa negara kini hanya berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, dan belum lagi memasuki fasa endemik.
Justeru, beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini masih perlu diamalkan bagi memastikan Malaysia dapat beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat.
Katanya, semasa fasa peralihan ke endemik, masyarakat perlu belajar untuk hidup bersama virus COVID-19 dalam keadaan paling kurang mengganggu kehidupan harian dengan mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat.
"Pengurusan pandemik COVID-19 perlu beralih daripada kebergantungan kepada intervensi kerajaan seperti SOP dan undang-undang kepada keprihatinan kerajaan, tanggungjawab individu, dan solidariti komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengenai jumlah kes baharu COVID-19, Dr Noor Hisham berkata negara berada di bawah paras 20,000 selama lima hari berturut-turut dengan 18,560 kes dilaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes baharu kini 4,201,919 kes.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 18,435 kes atau 99.33 peratus adalah kategori satu dan dua manakala 0.67 peratus atau sebanyak 125 kes adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
"Kes sembuh COVID-19 mencatatkan 18,253 kes semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh direkodkan dalam negara sehingga kini adalah sebanyak 3,960,082 kes.
Menurut Dr Noor Hisham, tiada kluster baharu COVID-19 dilaporkan semalam dan sebanyak 198 kluster didapati masih aktif setakat ini.
Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau nilai Rt di seluruh negara yang dicatatkan semalam adalah 0.87 dengan Selangor merekodkan kadar tertinggi iaitu 1.06 manakala kadar paling rendah dicatatkan di Sabah iaitu 0.64.
Katanya, tiga negeri mencatatkan penggunaan katil kes kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 50 peratus dengan tertinggi di Kuala Lumpur pada tahap 57 peratus, diikuti Perlis (55 peratus), dan Selangor (50 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sebelum ini masih perlu diamalkan bagi memastikan Malaysia dapat beralih ke fasa berikutnya dengan lebih selamat. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Kemiskinan kekal tinggi pada 41 peratus pada Okt 2023, walaupun mencatat penurunan berbanding awal 2021.
Piala Sumbangsih: MFL tolak permohonan Selangor FC, jamin keselamatan dipertingkat
MFL berkata Polis Johor telah mengerahkan 1,500 anggota untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat.
'Keganasan bola sepak': Modus operandi serangan digunakan serupa - PDRM
Modus operandi yang digunakan dalam serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan iaitu Faisal Halim, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim adalah serupa.
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Faisal dijangka lalui prosedur graf kulit minggu ini - Ketua Perubatan Sukan SFC
Dr Muhammad Hazwan Khair berkata ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.