KUALA LUMPUR: Seramai 8.45 juta penerima akan menerima pembayaran fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara berperingkat bermula esok melibatkan peruntukan berjumlah RM1.93 bilion, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.
"Bagi isi rumah dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank bermula esok, manakala bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank bermula Khamis (25 Feb).
"Penerima bantuan di Sabah dan Sarawak yang tidak memiliki akaun bank pula akan mula menerima bayaran bermula 1 Mac hingga 1 April ini di lokasi yang akan diumumkan kelak bersekali dengan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0)," kata Tengku Zafrul menerusi kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) pada 18 Jan lepas mengumumkan bahawa pembayaran fasa pertama BPR dipercepatkan kepada penghujung Februari ini.
Tengku Zafrul berkata pembayaran fasa pertama ini dibuat kepada penerima Bantuan Sara Hidup 2020 dan BPN B40 yang telah diluluskan sebelum ini.
Katanya ia dipercepatkan bagi membantu kelangsungan hidup rakyat terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada upah harian, selain kerajaan komited memastikan bantuan yang diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 23 2021

Tengku Zafrul berkata ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah dan 4.05 juta kateogori individu bujang. - Gambar fail

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Agenda AWANI: Proses Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Pandemik COVID-19
Temu bual Nazri Kahar bersama Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, TH Travel & Services Sdn Bhd mengenai proses mengerjakan ibadah umrah ketika pandemik COVID-19 dalam Agenda AWANI.

Agenda AWANI: Peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Apakah peranan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021? Ikuti diskusi Nazri Kahar bersama Mufti Perlis yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam Agenda AWANI.

Fasa pertama bayaran Bantuan Prihatin Rakyat bermula esok - Tengku Zafrul
Ia membabitkan bayaran kepada 4.4 juta penerima kategori isi rumah iaitu sebanyak RM300 setiap penerima dan 4.05 juta yang akan menerima RM150 setiap seorang untuk kateogori individu bujang.

Pendaftaran, kemas kini BPR dilanjutkan
Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Bantuan BPR: Kini boleh tukar kata laluan secara dalam talian - LHDN
Pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini boleh menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) percuma - LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang mengenakan bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara bermula hari ini
Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

i-Sinar pilihan terbaik kepada golongan bersasar, kata ahli ekonomi
Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata skim itu bertujuan membantu golongan terjejas yang kehilangan pekerjaan dan menerima pemotongan gaji.

Manfaat bantuan BPR, tingkat produktiviti kerja
Saya pun boleh beli seluar dan kasut baru, yang lebih selesa sebab kadang-kadang bawa motosikal kena pakaian yang betul-betul selesa.

Ibu tunggal terima banyak manfaat di bawah Belanjawan 2021
BPR yang diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2021 memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia yang layak, terutama golongan ibu tunggal.

BPR ringankan beban semua golongan
Daripada golongan bujang, isi rumah sehinggalah kepada golongan rentan, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman kepada para penerima.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI.