Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dijangka mendapat kembali hak milik tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak, minggu depan.
Mengesahkan perkara tersebut, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata urusan penukaran semula nama pemilik tanah di Jalan Semarak itu dijangka selesai dalam tempoh seminggu.
"Minggu depan, InsyaAllah selesai. Menjelang minggu hadapan semua (dijangka) selesai. Saya akan tunjuk bukti geran pendaftar di Kuala Lumpur, tidak bolehlah dekat Johor," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Orang Felda Sembrong Kita di padang Felda Ulu Penggeli, dekat sini hari ini.
Shahrir berkata pihaknya mengambil tempoh dua bulan untuk menyelesaikan pemilikan tanah itu selepas menandatangani perjanjian dengan pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).
Ditanya sama ada laporan polis akan ditarik balik berikutan pemindahan hak milik tanah itu hampir selesai, beliau berkata penyiasatan akan diteruskan memandangkan pihak polis dan siasatan dalaman Felda percaya terdapat unsur meragukan dalam proses pindah milik tanah itu sebelum ini.
Bulan lepas, Felda dilaporkan akan memperoleh tanahnya tanpa kos di Jalan Semarak daripada SPSB.
Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lepas, apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah miliknya bernilai RM270 juta itu bagi tujuan pembangunan KLVC menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.
Terdahulu pada majlis berkenaan, Shahrir berkata 461 peneroka daripada enam tanah rancangan Felda di Parlimen Sembrong menerima hak milik geran tanah mereka.
Sehingga kini, 1,677 daripada 2,285 peneroka Felda di Sembrong sudah menerima geran tanah masing-masing.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Anggota Parlimen Sembrong yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 04 2018
Keadaan kawasan milik projek KLVC di Jalan Semarak pada 25 Dis 2017. - BERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Kerajaan akan umum pendekatan baharu manfaat warga Felda
Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Felda minggu depan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.
KPF Trading dalam proses muktamadkan penstrukturan semula D'Mart - Ahmad Zahid
Ia melibatkan perbincangan model perniagaan membabitkan usaha sama dengan pemain industri yang mampu memacu pengurusan yang lebih mampan.
Laporan Ketua Audit Negara: Felda akan tingkat kecekapan operasi, tadbir urus
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan terus meningkatkan kecekapan operasi dan tadbir urus yang telus dan mengoptimumkan kecekapan produktiviti.
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
Felda perlu tetapkan hala tuju dapat beroperasi dengan kewangan kukuh - LKAN
Laporan itu turut mencadangkan Felda untuk meningkatkan pemantauan terhadap operasi dan prestasi kewangan syarikat subsidiarinya bagi memastikan kelestarian syarikat dapat dikekalkan.
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.