awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di Pahang, Johor, Kelantan dan Terengganu sehingga Isnin ini
Drama ‘Bad Cop’ papar aksi mendebarkan
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang besar: Bomba tumpu kawasan rendah, pesisir pantai

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
27/12/2025
04:20 MYT
Fenomena air pasang besar: Bomba tumpu kawasan rendah, pesisir pantai
Sebanyak 65 kampung berhampiran muara sungai dan pesisir pantai membabitkan tujuh daerah di Terengganu terdedah dengan risiko banjir. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Kawasan penempatan berhampiran pesisir pantai dan muara sungai menjadi tumpuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) susulan fenomena air pasang besar yang dijangka melanda Terengganu sehingga Rabu ini.

Ringkasan AI
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memantau kawasan penempatan berhampiran pantai dan muara sungai di Terengganu susulan fenomena air pasang besar.
  • Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, menyatakan kesiapan pihaknya dalam menghadapi kemungkinan banjir kilat akibat pertembungan air pasang dan hujan lebat.
  • Sebanyak 65 kampung di Terengganu berisiko terkena banjir akibat paras air laut yang tinggi yang boleh mengakibatkan limpahan air serta kejadian banjir setempat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya telah bersiap sedia bagi berdepan sebarang kemungkinan termasuk memindahkan mangsa limpahan air berkenaan.
Katanya pemantauan dan rondaan berkala juga terus dijalankan di lebih 60 buah kampung yang berisiko terkesan dengan fenomena air pasang besar.
"Ketika ini negara masih berada dalam fasa air pasang besar dan monsun timur laut. Dua fenomena ini diberikan perhatian.
"Kita akan melihat kemungkinan berlakunya banjir kilat atau air naik secara mendadak susulan pertembungan air pasang dan hujan lebat.
"Bagaimanapun sehingga kini kesemua kawasan yang dikenal pasti membabitkan tujuh daerah di negeri ini masih terkawal," katanya kepada Astro Awani.
Jelas Nor Hisham lagi, pemantauan yang dijalankan membabitkan sepanjang pantai daripada Besut sehingga ke Kemaman.
Terdahulu, sebanyak 65 kampung berhampiran muara sungai dan pesisir pantai membabitkan tujuh daerah di Terengganu terdedah dengan risiko banjir.
Paras air laut yang tinggi itu berpotensi menghalang aliran keluar air sungai ke laut serta boleh menyebabkan limpahan dan kejadian banjir setempat jika berlaku hujan serentak.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#air pasang besar
#JBPM
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan