awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fenomena air pasang: Masih ada pengunjung degil datang ke pantai - MPKL

Sinar Harian
Sinar Harian
04/11/2021
22:14 MYT
Fenomena air pasang: Masih ada pengunjung degil datang ke pantai - MPKL
Anggota Skuad Pantas MPKL (kanan) memberi teguran kepada pengunjung yang datang ke Pantai Morib di sini dan meminta mereka beredar dari kawasan tersebut pada Khamis. -Foto Sinar Harian
KUALA LANGAT: Terdapat segelintir pengunjung masih mengabaikan keselamatan diri dengan mengunjungi kawasan pantai di Kuala Langat walaupun sudah ditutup oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berikutan fenomena air pasang bermula pada Khamis lalu.
Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, Skuad Pantas MPKL mendapati golongan terbabit memutuskan pita keselamatan yang dipasang oleh pihaknya sebagai amaran supaya kawasan tersebut tidak dimasuki oleh orang awam.
"Masih ada pihak yang degil walaupun amaran dikeluarkan oleh MPKL supaya menjauhi kawasan pantai pada masa ini atas faktor keselamatan.
"Skuad Pantas MPKL terpaksa memberikan amaran secara lisan dan meminta pengunjung segera beredar dari Pantai Morib dan Jeti Tanjung Sepat.
"Kemudian kami pasang semula pita keselamatan di dua lokasi tersebut," katanya kepada Sinar Harian, pada Khamis.
Dalam pada itu, Amirul Amizan berkata, operasi pemantauan fenomena air pasang besar bermula jam 4.30 pagi membabitkan tujuh lokasi yang dikenal pasti berisiko iaitu Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni, Pantai Batu Laut, Jeti Tanjung Sepat dan Pantai Chunang.
"Hasil pemantauan oleh Skuad Pantas MPKL mendapati paras air tertinggi dicatat adalah pada paras 5.5 meter, sekitar jam 5.21 pagi pada Khamis.
"Limpahan air turut berlaku di tapak perkhemahan Pantai Kelanang, Istana Bahagia Morib dan Taman Harmoni hingga ke jalan raya," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kuala Langat
#Majlis Perbandaran Kuala Langat
#Amirul Azizan Abd Rahim
#Skuad Pantas MPKL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan