LUMUT: Fenomena laut terbelah susulan kemunculan beting pasir sepanjang lebih 400 meter di Pulau Giam di sini, bukan sesuatu yang baharu namun ia sentiasa menarik kehadiran puluhan ribu pengunjung dari dalam dan luar negara pada pertengahan Februari setiap tahun.
Penolong Pegawai Tadbir (Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai) Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Nur Aniessa Abd Aziz berkata fenomena unik itu hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan berkenaan surut habis.
Beliau berkata kebiasaannya fenomena itu akan berlaku menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan ia bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari selama tiga hari berturut-turut.
"Fenomena yang berlaku ini antara tarikan utama pengunjung ke Pulau Pangkor kerana mereka boleh merasai sendiri serta merakam pengalaman berjalan kaki dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam bersama keluarga," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Nur Aniessa berkata sepanjang merentasi tebing pasir berkenaan, para pengunjung turut berpeluang melihat dan memegang hidupan akuatik seperti gamat emas, timun laut dan sebagainya.
"Ini (pengalaman melihat dan memegang hidupan akuatik) sedikit sebanyak memberi pengetahuan khususnya kepada kanak-kanak untuk mengetahui tentang hidupan akuatik yang banyak terdapat di kawasan ini," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Nur Aniessa berkata keunikan fenomena terbabit juga mula diketengahkan sebagai antara produk pelancongan di pulau bebas cukai itu sejak empat tahun lalu.
"Jadi, selepas reda COVID-19 kita mula buat hebahan tentang fenomena ini dan Alhamdulilah, impaknya kita nampak dengan bilangan pengunjung yang akan memenuhi pulau ini setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina," katanya.
Selain itu, katanya, MPM berkolaborasi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta polis bagi memastikan keselamatan para pengunjung terjamin semasa di lokasi tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung, Ahmad Fakiruddin Omar, 28, berkata beliau bersama tiga rakan ke Pulau Pangkor atas urusan kerja namun tidak menyangka berpeluang menikmati fenomena berkenaan.
Ahmad Fakiruddin berkata mereka hanya mengetahui tentang fenomena itu melalui pengusaha hotel tempat mereka menginap semalam selepas tiba ke lokasi berkenaan.
"Kebetulan ada masa yang terluang, jadi kami tak lepaskan peluang untuk merasai pengalaman merentasi tebing pasir ini. Amat menyeronokkan kerana kami dapat pegang sendiri timun laut yang banyak terdapat di sini," katanya.
Selain itu, pengunjung Lee Kam Seng, 34, yang berasal dari Selangor berkata beliau ia dan isteri Lai Poh Lian, 30, sentiasa teruja menikmati fenomena tersebut walaupun itu merupakan kali ketiga berturut-turut mereka berkunjung ke lokasi tersebut.
Katanya, faktor keselamatan antara perkara utama yang perlu dititikberatkan kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya para pengunjung alpa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2024
Fenomena unik ini hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan berkenaan surut sepenuhnya. -Bernama
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Fenomena laut terbelah Pulau Giam tarik ribuan pengunjung
Fenomena unik itu hanya berlaku sekali dalam setahun selepas air laut di kawasan berkenaan surut habis.
Fenomena air surut gamit pengunjung ke Pulau Pangkor
Fenomena itu membolehkan orang ramai berjalan dari pantai merentasi tengah laut pada kira-kira pukul 11 pagi berikutan kedalaman air ketika ini mencecah paras terendah, sekitar 0.2 meter sahaja.
Mayat remaja lemas di pantai Teluk Nipah ditemui
Mayat remaja yang lemas dipercayai selepas melakukan aktiviti air bersama rakan-rakannya di pantai Teluk Nipah ditemui tengah hari ini.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di pantai Teluk Nipah
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas, dipercayai selepas melakukan aktiviti air bersama rakan-rakannya di pantai Teluk Nipah di sini pada Rabu.