awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri bawa 163 penumpang ke Langkawi terkandas lebih lima jam

Bernama
Bernama
11/07/2024
09:36 MYT
Feri bawa 163 penumpang ke Langkawi terkandas lebih lima jam
Feri yang membawa 163 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi, terkandas lebih lima jam di perairan Kuala Kedah pada petang Rabu. - Foto Konsortium Ferry Line Ventures
ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 163 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi, terkandas lebih lima jam disebabkan kerosakan enjin di perairan Kuala Kedah, dekat sini, petang semalam.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Kapten Baharin Baharom berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 6.45 petang, di kedudukan sekitar 7.5 batu nautika dari Terminal Feri Kuala Kedah.
"Kejadian berpunca daripada kerosakan dua enjin feri itu yang terhenti secara mengejut selepas beberapa minit berlepas dari terminal di Kuala Kedah.
"Petugas feri dapat membaiki satu enjin dan feri dapat berfungsi semula, tapi selepas itu pengurusan berbincang dengan pelbagai pihak untuk tindakan seterusnya sama ada meneruskan perjalanan ke Langkawi atau berpatah balik ke Kuala Kedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata sekiranya feri berpatah balik ke Kuala Kedah, perjalanan semula ke Langkawi perlu ditangguhkan sementara menunggu air pasang kembali dan jangkaan tiba di Langkawi dengan feri gantian adalah pada 2.30 pagi.
Sehubungan itu Baharin berkata pihak pengurusan memutuskan untuk feri berkenaan meneruskan perjalanan ke Langkawi menggunakan satu enjin, dan selamat tiba di pulau peranginan itu pada 11.44 malam tadi.
Beliau berkata sepanjang perjalanan feri itu diiringi bot penunda sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka.
"Pihak konsortium amat menitikberatkan kebajikan penumpang, termasuk mengagihkan makanan yang dibawa bot penunda dari Kuala Kedah. Makanan diagihkan sekali lagi kepada penumpang sejurus tiba di Langkawi," katanya.
Terdahulu klip video yang memaparkan penumpang turun dari sebuah feri dikongsikan oleh seorang individu di media sosial dengan tajuk 'Dari 6.30...pukui 12 baru boleh sampai Langkawi...macam pergi Thailand ooo'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri terkandas
#pulau langkawi
#Konsortium Ferry Line Ventures
#kerosakan enjin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan