awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri bawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat cuaca buruk

Bernama
Bernama
25/09/2023
15:37 MYT
Feri bawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah patah balik akibat cuaca buruk
Feri yang membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 4 petang tadi terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk berikutan ribut dan ombak tinggi. - Gambar fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Feri yang membawa 472 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 4 petang tadi terpaksa berpatah balik kerana cuaca buruk berikutan ribut dan ombak tinggi.
Sehubungan itu, Penolong Pengurus Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Left Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid, berkata trip laluan dari Langkawi -Kuala Kedah- Langkawi pada jam 4 petang dan 7 malam ini terpaksa dibatalkan.
"Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd telah menyediakan trip tambahan untuk pilihan kepada penumpang yang ingin menaiki trip laluan ke Pulau Langkawi - Kuala Perlis pada jam 7.30 malam ini," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Norhafiz berkata trip laluan dari Kuala Kedah bagi jam 7 pagi esok juga dibatalkan akibat cuaca buruk itu.
Katanya, ketinggian ombak lebih kurang 3.0 meter boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot kecil.
Beliau berkata penumpang yang ingin menukarkan tarikh dan masa perjalanan untuk hari berikutnya boleh berbuat demikian dan pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dialami.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri Langkawi ke Kuala Kedah
#patah balik
#cuaca buruk
#ombak tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan