GEORGE TOWN: Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata feri akan bertolak setengah jam lebih awal iaitu pukul 6.30 pagi berbanding pukul 7 pagi.
"Jadual perkhidmatan feri penumpang pejalan kaki itu juga akan dipinda mengikut keperluan semasa dan juga permintaan orang awam bagi memastikan hanya perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Tan berkata ruangan menunggu feri penumpang pejalan kaki di Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT) yang sebelum ini berada di tingkat atas telah dipindahkan ke tingkat bawah bangunan itu berikutan pembukaan semula aktiviti kapal persiaran domestik.
Katanya ketika ini juga kerja-kerja menaik taraf terminal feri di Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan juga Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) sedang giat dilaksanakan.
Menurutnya kerajaan pusat juga telah bersetuju untuk memperuntukkan RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) bagi tujuan pembelian feri-feri baru.
"Kami telah menyerahkan RM15 juta daripada jumlah RM30 juta tersebut iaitu kepada pihak PPSB pada 27 Dis lepas dan bakinya akan diserahkan pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 09 2022

Feri akan bertolak setengah jam lebih awal iaitu pukul 6.30 pagi berbanding pukul 7 pagi. - Gambar/ Bernama

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Jabatan Laut periksa feri elak kerosakan berulang
Pengusaha feri juga memberi jaminan bahawa semua penumpang yang telah membeli tiket untuk pulang dari Langkawi ke destinasi masing-masing akan disediakan tempat duduk.

Feri penumpang dari Butterworth ke pulau diawalkan bermula esok
Perkhidmatan feri penumpang iaitu untuk pejalan kaki akan diawalkan bagi perjalanan pertama dari Butterworth ke bahagian pulau negeri ini bermula esok berikutan pembukaan sesi persekolahan.

Feri Langkawi terbakar, 52 penumpang dan 6 kru berjaya diselamatkan
Feri milik Dragon Star Shipping Sdn Bhd yang dalam perjalanan dari Jeti Kuah, Langkawi ke Jeti Kuala Perlis itu terbakar berhampiran Selat Kuah.

Feri penumpang Langkawi terbakar
Dalam kejadian jam 10.18 pagi itu, api marak secara tiba-tiba dipercayai bermula dari bahagian enjin feri.