awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFC, Thousand Madleens 150 batu nautika dari Gaza

Bernama
Bernama
08/10/2025
00:45 MYT
FFC, Thousand Madleens 150 batu nautika dari Gaza
Kira-kira 100 individu berada di atas sembilan kapal dalam konvoi FFC, yang merupakan sebahagian daripada misi 'Thousand Madleens'. - Foto media sosial FFC
ISTANBUL: Sebuah konvoi kemanusiaan baharu di bawah Freedom Flotilla Coalition (FFC) menuju ke Gaza kini berada kira-kira 150 batu nautika (277 kilometer) dari destinasi, menurut penganjur pada petang Selasa ketika flotila itu semakin menghampiri perairan yang sebelum ini menyaksikan serangan oleh pasukan Israel.
"Flotila kami kini berada dalam jarak 150 batu nautika dari pantai Gaza, menghampiri zon lokasi misi flotila dan Global Sumud Flotilla terdahulu diserang oleh Israel," lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan FFC di saluran rasmi Telegramnya.
Kira-kira 100 individu berada di atas sembilan kapal dalam konvoi itu, yang merupakan sebahagian daripada misi "Thousand Madleens" anjuran FFC bagi mencabar sekatan haram Israel ke atas Gaza.
FFC, yang ditubuhkan pada 2008, melancarkan puluhan misi bertujuan menghantar bantuan dan menarik perhatian dunia terhadap krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.
Konvoi baharu itu belayar seminggu selepas pasukan tentera laut Israel menyerang dan merampas lebih 40 kapal yang belayar ke Gaza untuk mencabar sekatan Israel, serta menahan lebih 450 aktivis di atas kapal berkenaan.
The Freedom Flotilla Coalition and Thousand Madleens to Gaza is 150 nautical miles from Gaza. It is approaching the area where previous flotillas were intercepted by Israel. Thank you to all of you who are keeping an eye on the flotilla & sharing our content pic.twitter.com/eKQGMxHVTR
— Global Sumud Flotilla (@GlobalSumud) October 7, 2025
Israel mengekalkan sekatan ke atas Gaza, wilayah yang menempatkan hampir 2.4 juta penduduk, sejak hampir 18 tahun lalu, dan memperketatkan lagi kepungan itu pada Mac apabila menutup lintasan sempadan serta menyekat penghantaran makanan dan ubat-ubatan, sekali gus menolak wilayah itu ke ambang kebuluran.
Sejak Oktober 2023, serangan udara Israel telah meragut lebih 67,100 nyawa rakyat Palestin di enklaf itu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta menjadikan Gaza tidak lagi layak didiami.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FFC
#bantuan kemanusiaan
#GSF
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan