awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FFC x TMTG: Lukisan anak istimewa buat Dr Fauziah

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2025
09:43 MYT
FFC x TMTG: Lukisan anak istimewa buat Dr Fauziah
Khaleda Farihin menunjukkan lukisan yang dilukis khas untuk Dr Fauziah. -Foto Sinar Harian
SEPANG: Demi sokongan terhadap Gaza, seorang bapa sanggup membawa anaknya yang kurang upaya (OKU) menyambut ketibaan sukarelawan Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja OKU, Khaleda Farihin, menunjukkan sokongan terhadap Gaza dengan menyambut ketibaan sukarelawan Malaysia di KLIA dan menyerahkan lukisan khas kepada Dr Fauziah Mohd Hassan
  • Khaleda, yang cacat penglihatan dan ADHD, menjadikan misi kemanusiaan FFC dan TMTG sebagai inspirasi dan bercita-cita menjadi aktivis suatu hari nanti
  • Misi FFC dan TMTG yang disertai sembilan rakyat Malaysia dipintas tentera Israel dan kesemua aktivis telah dibebaskan, termasuk Dr Fauziah yang menjadi inspirasi kepada Khaleda

Mohamad Khedzair Osman, 61, memenuhi keinginan anaknya, Khaleda Farihin, 13, yang mengalami cacat penglihatan dan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) untuk memberi sokongan kepada wira dan wirawati negara itu.
Pelajar Pendidikan Khas itu juga turut membawa sekeping lukisan yang dilukisnya sendiri untuk diberikan kepada Dr Fauziah Mohd Hassan yang juga doktor perubatan yang telah menjaga ibunya ketika melahirkan kakaknya 20 tahun lalu.
Mohamad Khedzair berkata, anaknya teruja untuk bertemu dengan Dr Fauziah bersama sukarelawan lain atas keberanian mereka memecah kepungan rejim Zionis di Gaza.
"Ketika kanak-kanak seusianya lebih kepada K-Pop, Khaleda menunjukkan minatnya mengikuti perkembangan Gaza menerusi media sosial dan aplikasi TikTok.
"Apabila tahu Dr Fauziah turut serta, dia lebih berminat mengikuti secara mendalam misi kemanusiaan ini malah, sering menceritakan kisah Gaza kepada kami dan keluarganya," katanya ketika ditemui, di sini.
Menurut pesara itu, kehadiran mereka dua beranak adalah untuk bertemu dengan Dr Fauziah yang memberi inspirasi kepada Khaleda dan menyerahkan lukisan yang dihasilkannya.
Sementara itu, Khaleda Farihin berkata, melihat keadaan kanak-kanak seusianya menderita di Gaza amat meruntun hatinya.
"Hampir lima jam diperlukan untuk menyiapkan lukisan ini dan ada watak Dr Fauziah yang memberi inspirasi kepada semua.
"Saya amat gembira Dr Fauziah dapat pulang, dari semalam tidak tidur lagi. Kalau boleh satu hari nanti, saya ingin menjadi salah seorang seperti mereka," katanya.
Misi kemanusiaan FFC dan TMTG melibatkan kira-kira 145 aktivis dari 25 negara menaiki sembilan kapal, termasuk Conscience dan Umm Saad, yang telah dipintas oleh tentera Israel pada Rabu (8 Oktober) ketika berada kurang daripada 120 batu nautika dari Gaza.
Kesemua mereka dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel dan peguam ADALAH telah berjumpa dengan sebahagian delegasi Malaysia yang ditahan dan proses guaman masih berlangsung.
Menurut Kementerian Luar, sembilan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan FFC dan TMTG itu kemudian telah dibebaskan pada Jumaat,
Lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Conscience ialah ketua delegasi, Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hassan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Norsham Abu Bakar dan wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil.
Seorang lagi doktor perubatan Malaysia, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal Umm Saad. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja OKU
#Khaleda Farihin
#Sukarelawan Malaysia
#Misi FFC dan TMTG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan