awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV akan nilai penjelasan Zakaria, Ahmad Tifli

Bernama
Bernama
29/06/2017
13:15 MYT
FGV akan nilai penjelasan Zakaria, Ahmad Tifli
Zakaria diberikan cuti pada 6 Jun sementara menunggu siasatan beberapa janji niaga tertentu di bawah Delima Oil Products, anak syarikat FGV. - Gambar fail / Astro AWANI
Lembaga pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd akan menilai penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha dan melaksanakan proses yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, FGV berkata Zakaria telah mengemukakan penjelasan bagi surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau pada 13 Jun, 2017.
"Lembaga akan menilai penjelasan daripada kedua-dua Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan dan melaksanakan proses sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini.
"Sehingga itu, kedua-dua Zakaria dan Ahmad Tifli, akan terus bercuti sehingga notis selanjutnya dikeluarkan oleh lembaga," kata syarikat itu.
Zakaria diberikan cuti pada 6 Jun sementara menunggu siasatan beberapa janji niaga tertentu di bawah Delima Oil Products, anak syarikat FGV.
Tarikh akhir asal bagi jawapan kepada surat tunjuk sebab itu ialah pada 20 Jun, 2017, tetapi ia dilanjutkan kepada 23 Jun, dan seterusnya sehingga tengah hari ini.
Ahmad Tifli telah menjawab surat tunjuk sebab itu pada 20 Jun, 2017, seperti yang dikehendaki.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Tifli Mohd Talha
#Bursa Malaysia
#felda global ventures
#FGV
#Lembaga Pengarah
#penjelasan
#Zakaria Arshad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan