NATIONAL
Filem pendek 'Nas Si Goreng' bawa tema kehilangan dan kasih sayang keluarga

Seramai 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq menerima sumbangan wang tunai serta barangan jenama Seri Pelangi dan Saji sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. - Gambar FGV
KUALA LUMPUR: Filem pendek bertajuk Nas Si Goreng yang dilancarkan FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama Saji mengetengahkan tema kehilangan dan kepentingan kasih sayang dalam keluarga.
Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd, Shammim Azad Kamruzaman berkata, filem berdurasi sembilan minit itu turut mengangkat tema kenangan dan penyembuhan rasa lakonan beberapa artis terkenal tanah air.
"Filem tahun ini berbeza daripada sebelumnya. Ia menyentuh tentang kehilangan insan tersayang serta bagaimana seseorang boleh bangkit dan menerima hakikat tersebut. Masa adalah penyembuh luka.
"Filem ini memberi mesej di mana setiap rasa sama ada di lidah atau di hati membawa makna yang menyatukan dan mencipta kenangan Aidilfitri," katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak Yatim dah pelancaran filem pendek raya 2025 di sini, pada Jumaat.
Pada majlis sama. seramai 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq menerima sumbangan wang tunai serta barangan jenama Seri Pelangi dan Saji sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Dalam pada itu jelas Shammim, Nas Si Goreng mengisahkan kehidupan Anas yang membesar dan menyaksikan ibunya memasak dengan penuh keikhlasan serta kasih sayang.
Katanya, Anas kemudian menghadapi kesukaran menerima kehilangan ibunya dengan pelbagai perkara yang dilakukannya untuk mengisi kekosongan hatinya.
Shammim turut menjelaskan, pihaknya akan meneruskan inisiatif CSR selepas sambutan Aidilfitri melalui program bantuan kepada 200 Asnaf yang akan diadakan di Kuantan pada 9 April akan datang.
Dalam perkembangan berkaitan ujarnya, FGV menerusi anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd turut memberi jaminan bekalan minyak masak SAJI mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami