awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filipina akan ajukan soalan Kiram kepada Malaysia

Syafique Shuib
Syafique Shuib
12/03/2013
14:51 MYT
Filipina akan ajukan soalan Kiram kepada Malaysia
Adik kepada ketua kumpulan pengganas Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II sedang berusaha mendapatkan penjelasan daripada kerajaan Malaysia ketika pasukan keselamatan negara terus memburu pengganas di Lahad Datu.
Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Manuel Roxas II berkata Jabatan Hal Ehwal Luar Negara akan mengajukan soalan-soalan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya rasa soalan-soalan itu adalah berkait dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak dan mereka mahukan penjelasan. Saya maklumkan saya akan menyampaikannya kepada Presiden yang mana saya dah pun sampaikannya dan dia (Presiden) telah membenarkan Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Luar Negara, Albert del Rosario untuk menyampaikan juga soalan-soalan itu kepada rakyat Malaysia,” kata Roxas yang dipetik media Filipina, abs-cbnnews.com.
Roxas bagaimanapun tidak mengemukakan apa-apa lagi maklumat lain semasa temubual ‘langsung’ tersebut dalam program Mornings@ANC.
Dalam laporan yang sama, dia berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III bimbang tentang keselamatan lebih 800,000 rakyat Filipina di Sabah dan sesetengah dari mereka telah meninggalkan Lahad Datu berikutan konflik tersebut.
Topic Berkaitan
#Albert del Rosario
#Esmail Kiram II
#Jamalul Kiram III
#Lahad Datu
#Manuel Roxas II
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan