awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firdaus Samsudin bakal bertugas di University Of Southampton

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2015
09:48 MYT
Firdaus Samsudin bakal bertugas di University Of Southampton
Mohd Firdaus Samsudin berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu. - Gambar fail
Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam jurusan biokimia di Universiti Oxford, muncul sebagai anak Terengganu pertama ditawarkan tugas sebagai felo penyelidik kimia di University Of Southampton, United Kingdom.
Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugasnya bermula 1 Februari tahun hadapan.
Dr Mohd Firdaus, 27, yang memenangi Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu, dijangka menjalankan penyelidikan menghasilkan ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria psuedomonas, yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.
Menurut anak kedua daripada empat beradik pasangan pesara kerajaan dan guru tadika itu, beliau bercita-cita menjadi seorang saintis dan berazam untuk memenangi anugerah Hadiah Noble pada masa hadapan.
"Saya rasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan saya berharap kejayaan saya dapat menjadi sumber inspirasi pada adik-adik, semua pelajar pelajar lepasan SPM dan universiti di Terengganu terutamanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Kali Ke-17 Di Dewan Besar, Wisma Darul Iman yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
BACA: RM1.02 juta untuk pelajar-pelajar cemerlang Terengganu
Topic Berkaitan
#Doktor Falsafah
#Mohd Firdaus Samsudin
#penyelidikan
#Southampton
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan