awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
33 penyokong Selangor FC direman bantu siasatan cetus kekecohan
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firefox perkenal carian visual dengan Google Lens untuk pengguna desktop

Amanz
Amanz
30/09/2025
05:30 MYT
Firefox perkenal carian visual dengan Google Lens untuk pengguna desktop
Mozilla memperkenalkan ciri carian visual baharu dalam Firefox yang menggunakan Google Lens, membolehkan pengguna mencari maklumat berkaitan gambar dengan klik kanan. -Foto Amanz
MOZILLA kini mengemas kini pelayar web Firefox versi dekstop, dan telah mula memperkenalkan sebuah ciri baharu secara berperingkat, iaitu sokongan carian visual yang dikuasakan dengan Google Lens.

Ringkasan AI
  • Mozilla memperkenalkan ciri carian visual baharu dalam Firefox yang menggunakan Google Lens, membolehkan pengguna mencari maklumat berkaitan gambar dengan klik kanan.
  • Ciri ini membolehkan salinan teks daripada gambar dan mendapatkan inspirasi visual, tetapi hanya tersedia jika enjin carian utama ditetapkan kepada Google.
  • Sokongan ini ditawarkan secara berperingkat untuk pengguna Firefox di desktop seluruh dunia.

Dengan langkah ini, pengguna dengan pantas boleh melakukan carian berkenaan sesuatu gambar yang mereka sedang lihat menerusi pelayar web Firefox.
Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu klik kanan pada sebarang gambar ketika melayari web menggunakan Firefox, dan seterusnya memilih “Search Image with Google Lens”.
Ini sekali gus akan membolehkan anda mencari perkara berkaitan gambar berkenaan, menyalin teks daripada gambar, serta mendapatkan inspirasi yang berkaitan dengan carian visual berkenaan.
Mozilla mengatakan pengguna perlu tetapkan enjin carian utama sebagai Google sebelum dapat melihat ciri ini.
Ciri ini ditawarkan untuk pengguna Firefox di desktop sahaja dan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Firefox di seluruh dunia. -Amanz
Topic Berkaitan
#mozilla
#firefox
#Google Lens
#maklumat berkaitan gambar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan