awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fitnah: Bekas ADUN Bangi dituntut mohon maaf kepada Syahredzan

Bernama
Bernama
12/07/2023
12:35 MYT
Fitnah: Bekas ADUN Bangi dituntut mohon maaf kepada Syahredzan
Syahredzan (gambar) memberi tempoh selama 48 jam kepada Yang Dipertua (YDP) Pas Bangi Mohd Shafie Ngah untuk memohon maaf. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan memberi tempoh selama 48 jam kepada Yang Dipertua (YDP) Pas Bangi Mohd Shafie Ngah untuk memohon maaf dan membayar pampasan kepada beliau susulan kenyataan fitnah yang dibuatnya.
Beliau berkata peguamnya hari ini telah menghantar surat tuntutan kepada Mohd Shafie yang antara lain menuntut permohonan maaf dan pampasan daripada Mohd Shafie atas beberapa kenyataan fitnah yang dibuatnya.
Beliau berkata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi itu telah membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam dua majlis Perikatan Nasional (PN) yang diadakan pada Oktober 2022 dan awal bulan ini, yang turut disiarkan di media sosial selain mendapat liputan media.
Beliau menegaskan sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi dalam masa 48 jam, tindakan guaman akan diambil terhadap Mohd Shafie.
"Kenyataan-kenyataan yang dipertikaikan tersebut adalah tidak benar sama sekali dan merupakan fitnah terhadap saya. Saya tidak berhasrat untuk mengulangi kenyataan-kenyataan memfitnah tersebut di sini," katanya menerusi laman Facebooknya, hari ini.
Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, berkata beliau terbuka untuk dikritik mengenai prestasinya sejak dipilih dengan sah pada tahun lepas menjadi Ahli Parlimen Bangi.
Namun, katanya PN lebih berminat bermain politik fitnah serta kebencian dan bukannya politik matang atau sejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syahredzan Johan
#kenyataan fitnah
#Mohd Shafie Ngah
#pampasan
#ADUN Bangi
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan