awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemakluman rasmi kepada SPR kekosongan luar jangka tiga DUN Perlis minggu depan - Speaker
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FOMCA cadang kerajaan pertimbang lanjutkan tempoh moratorium

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/05/2020
08:07 MYT
FOMCA cadang kerajaan pertimbang lanjutkan tempoh moratorium
Dr Marimuthu Nadason menjangkakan, akibat pandemik COVID-19, anggota masyarakat barangkali akan berhadapan dengan pemberhentian kerja, pengurangan gaji sehingga 40 peratus atau diberi cuti tanpa gaji. - Gambar fail
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan supaya menimbang untuk melanjutkan tempoh moratorium selama enam bulan yang akan berakhir pada September ini sehingga Disember.
Presidennya, Datuk Dr Marimuthu Nadason memberitahu, memandangkan proses pemulihan ekonomi dunia dijangka mengambil masa, maka pekerja bakal berdepan dengan kesukaran untuk kembali kepada kehidupan seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau juga menjangkakan, akibat pandemik COVID-19, anggota masyarakat akan terus berhadapan dengan pemberhentian kerja, pengurangan gaji sehingga 40 peratus atau diberi cuti tanpa gaji.
"Perangkaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) baru-baru ini mendedahkan 86.1 peratus daripada sektor pembinaan masih belum beroperasi.
"Kita menjangkakan pekerja akan melalui tempoh genting pada suku pertama tahun depan termasuk berdepan dengan risiko harta dilelong, kereta ditarik atau diisytiharkan muflis oleh mahkamah ekoran gagal melunaskan hutang kepada bank," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut Marimuthu menambah, perkara ini akan memberi tekanan kepada pekerja yang kemudian mengundang lebih banyak kes tidak dingini seperti keganasan domestik dan penceraian.
Beliau menjejaskan daripada daripada 15.6 juta tenaga kerja di Malaysia, hanya 4 juta adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan dengan 1.6 juta pesara.
Ïni bermakna hanya segelintir golongan sahaja yang akan terus mendapat gaji tanpa sebarang gangguan manakala sebilangan besar penduduk bakal berdepan dengan masalah," tambahnya lagi.
Ekoran itu beliau berharap, kerajaan akan memberi kelonggaran kepada rakyat untuk merancang semula pembayaran dan kehidupan seperti sedia kala.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Fomca
#keganasan domestik
#Lembaga Industri Pembinaan Malaysia CIDB
#MCO
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan