Dataran Gemilang Putrajaya menjadi saksi pertemuan masyarakat prihatin dari seluruh tanah air.
Pagi Ahad yang tenang dimulakan dengan Pasar Percuma yang lebih popular dikenali sebagai 'Free Market Putrajaya' yang diusahakan oleh sekumpulan anak muda.
Objektifnya, bertujuan membantu mereka yang memerlukan malah membuka peluang kepada mereka yang ingin membantu untuk tampil membuka 'gerai' mereka.
Penganjurnya, Azmin Ishak tampak bersemangat dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang membabitkan lebih 120 gerai percuma.
"Kami mahu didik masyarakat untuk berakhlak baik dan saling bantu-membantu," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Baginya, usaha ini bukanlah di bawah naungan mana-mana badan bukan kerajaan.
Ini kerana penyumbang yang ingin turut serta kebanyakannya terdiri daripada orang perseorangan.
"Kami gembleng tenaga bersama semua penyumbang yang ingin membantu memandangkan kebanyakan mereka tidak tahu di mana tempat sesuai untuk membantu orang lain," katanya.
Sebagai penganjur, Azmin tahu kaedah paling sesuai untuk mendidik pengunjung agar tidak tamak dan keterlaluan dalam mengambil barangan percuma yang ditawar di Pasar Percuma ini adalah dengan menyebarkan mesej melalui penyumbang yang membuka gerai.
"Pengunjung dinasihat agar tidak keterlaluan.
"Paling penting, minta elok-elok, dan ucap terima kasih," ujarnya sambil tersenyum.
Free Market Putrajaya juga dianggap pencetus semangat saling membantu di kala tekanan kos sara hidup melanda masyarakat.
Bagi Vivie Sarjuni yang berasal dari Sabah, dia menganggap, program ini sebagai platform terbaik menggalakkan penyumbang-penyumbang baru untuk tampil membantu.
"Bantu setakat yang kita mampu, kerana sekecil-kecil bantuan menjadi harapan besar untuk mereka yang memerlukan," katanya.
Free Market digerakkan secara atas talian melalui laman Facebook di facebook.com/groups/FreeMarketMy
Hilal Azmi
Sun Jan 17 2016
Azmin Ishak (gambar) tampak bersemangat dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung yang membabitkan lebih 120 gerai percuma. - Gambar: Astro AWANI / Hilal Azmi
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Lelaki gantung kad di leher demi kempen elak pembaziran di bazar Ramadan
Azmin Ishak mahu sebar mesej positif: masyarakat perlu elak pembaziran bukan sahaja pada bulan Ramadan bahkan setiap masa.
#FreeMarketPutrajaya: 'Minta elok-elok, ucap terima kasih' - Azmin Ishak
'Free Market Putrajaya' bertujuan membantu mereka yang memerlukan malah membuka peluang kepada mereka yang ingin membantu untuk tampil membuka 'gerai' mereka.