Selepas seharian kepenatan membina rumah yang musnah akibat gempa bumi beberapa bulan lepas, pemuda Lombok Utara, di sini bersantai dengan bermain futsal pada waktu malam.
Suasana meriah dengan sorakan begitu jelas kedengaran apabila melintasi gelanggang futsal yang terletak di Danyiang di sini, seolah-olah tragedi yang melanda kawasan petempatan itu tidak pernah berlaku.
Pemuda Dusun Lokok Tujan, Desa Sesait Mulia, 26, berkata aktiviti itu sering dilakukannya bersama rakan-rakan untuk melupakan sementara kesengsaraan yang dihadapi mereka susulan bencana alam tersebut.
"Sudah menjadi aktiviti kami di sini pada waktu malam untuk bersukan bersama rakan-rakan selepas seharian membaiki rumah yang rosak teruk selepas gempa.
"Bila bermain futsal, saya lebih tenang dan elak daripada fikirkan keadaan rumah yang masih banyak perlu diperbaiki," katanya kepada Bernama yang mengikuti misi bantuan #peduligempalombok6.0 di sini, anjuran Global Peace Mission (GPM) Malaysia.
Bagi Sulkin Mada, 27, selepas seharian bekerja membina rumah penduduk setempat, waktu malam digunakannya untuk berjumpa dengan rakan-rakan ketika bermain futsal.
"Rumah saya sudah siap dibina dan kini saya tolong jiran-jiran yang lain untuk membaiki rumah mereka setiap hari... hanya waktu malam saya punyai masa bertemu rakan-rakan ketika bermain futsal bersama," katanya.
Katanya, selepas bermain futsal mereka sering kali meluangkan masa berkongsi cerita sesama mereka.
Lombok kini dalam fasa baik pulih selepas digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 skala Richter.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan bantuan boleh membuat sumbangan dalam talian www.billplz.com atau deposit dalam akaun GLOBAL PEACE MISSION, Maybank: 5642 2161 1602, atau Bank Islam: 1402 3010 02922 4.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 04 2018
Lombok kini dalam fasa baik pulih selepas digegarkan dengan gempa bumi bermagnitud 6.4 pada skala Richter pada 29 Julai, disusuli gegaran kedua pada 5 Ogos, berukuran 7 skala Richter. - Gambar hiasan
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Pelbagai negara tawar sokongan untuk Taiwan selepas gempa bumi kuat
Beberapa rakan diplomatik Taiwan menyuarakan kebimbangan dan sokongan mereka beberapa jam selepas gempa itu.
UAE henti bantuan ke Gaza melalui laut
UAE juga menunggu jaminan keselamatan lanjut dari Israel dan siasatan penuh terhadap kematian pekerja bantuan itu.
Aafiyah, Afwa pendorong Siti Nurhaliza bantu rakyat Palestin di Rafah
Naluri keibuannya meruntun apabila melihat kebanyakan korban terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.
Koridor maritim Gaza beroperasi hujung minggu ini
Pengumuman ini menyusul rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk membina pelabuhan sementara di Gaza.
AS mahukan lebih banyak bantuan kemanusiaan di Gaza
Washington juga optimis tentang potensi koridor bantuan maritim ke Gaza yang sedang diusahakan.
Bantuan Kembali Ke Sekolah akan terus diperhebat untuk rakyat - Anwar
Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memperhebatkan program bantuan "Kembali Ke Sekolah'', kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bantuan masuk ke Gaza makin merosot, kritikal
PBB berkata, angka harian menunjukkan penurunan mendadak dalam bekalan bantuan sejak 9 Februari.