awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2020
11:26 MYT
G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan Islam sepatutnya tidak timbul. - Gambar fail
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) perlu menjelaskan laporan yang antara lain mendakwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak mengikut Perlembagaan, selain mempersoalkan undang-undang berkaitan murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan Islam sepatutnya tidak timbul.
Sebaliknya, G25 yang perlu memberi penjelasan kerana mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Beliau bersedia untuk berdialog dengan kumpulan G25 untuk memberi penjelasan mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu.
BACA: Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
“Apa motifnya sehingga dibawa ke perdebatan umum kerana apabila didebatkan secara umum ia akan menimbulkan kebimbangan.
“Ini tidak membantu langsung untuk memperbaiki pentadbiran. Mereka juga tidak boleh mempertikaikan keabsahan (JAKIM dan MKI),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, berkenaan isu murtad pula, jika ia adalah satu perdebatan akademik maka ia perlu dibataskan kepada perdebatan akademik sahaja.
“Jangan dibawa turun ke peringkat orang ramai kerana saya rasa, apabila masih ramai yang tidak matang dan tidak boleh menerima perbezaan pendapat sebegitu, ianya boleh menjadi satu isu sensitif seperti yang berlaku sekarang,” katanya lagi.
Tambah Mujahid, pihaknya sudah beberapa kali menjelaskan dakwaan G25 mengenai peruntukan berjumlah RM1.3 bilion yang dikatakan terlalu banyak untuk sesebuah agensi tetapi masih tidak diterima.
60 peratus daripada peruntukan tersebut disalurkan untuk elaun imam, guru KAFA yang seramai 30,000 orang itu dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#G25
#Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
#JAKIM
#Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan
#Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#MKI
#Mujahid Yusof Rawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan