PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro yang akan mengadakan lawatan negara bermula Ahad hingga 4 Okt ini.
Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan itu merupakan kunjungan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menyandang jawatan Gabenor Jeneral pada 21 Okt 2021.
Kali terakhir lawatan oleh Gabenor Jeneral New Zealand ialah pada 5 hingga 8 Disember 2017 oleh Dame Patsy Reddy.
"Lawatan itu mencerminkan kepentingan hubungan dua hala yang telah lama terjalin dan pelbagai bentuk jalinan kerjasama yang telah ditingkatkan secara rasmi ke tahap Kerjasama Strategik pada Mei 2023," menurut kenyataan itu.
Acara kemuncak lawatan itu termasuk istiadat sambutan negara di Istana Negara, kunjungan mengadap ke atas Yang di-Pertuan Agong dan jamuan negara bagi meraikan Kiro.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jeneral.
Kiro akan diiringi oleh pasangannya Dr Richard Davies dan pegawai kanan kerajaan New Zealand.
New Zealand kekal sebagai rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik.
Jumlah dagangan dari Januari hingga Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), meningkat 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh yang sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023
Dame Cindy Kiro berucap selepas mengangkat sumpah di Parlimen, Wellington, New Zealand, 21 Okt 2021. - Gambar fail AP
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Gabenor Jeneral New Zealand diberi sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan Kiro bersama pasangannya Dr Richard Davies pada 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Gabenor Jeneral New Zealand adakan lawatan negara ke Malaysia bermula hari ini
Lawatan itu merupakan kunjungan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menyandang jawatan Gabenor Jeneral pada 21 Okt 2021.