KUALA LUMPUR: Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara selama empat hari di Malaysia, menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Perdana Menteri tiba di hotel penginapan Kiro pada 2.40 petang dan sesi kunjungan hormat itu bermula kira-kira 3 petang dan berlangsung lebih kurang setengah jam.
Hadir sama pada sesi kunjungan hormat itu ialah pasangan Kiro, Dr Richard Davies.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga menteri pengiring Hannah Yeoh, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand Mazita Marzuki.
Sementara delegasi New Zealand yang turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu ialah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Pam Chong Dunn dan timbalannya Sharmila Bernau.
Kiro tiba di sini semalam bagi lawatan negara selama empat hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini merupakan lawatan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Okt 2021.
Kali terakhir New Zealand mengadakan lawatan peringkat ketua negara ke Malaysia adalah pada 5 hingga 8 Dis 2017 oleh Dame Patsy Reddy.
New Zealand merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (AS$1.42 bilion), meningkat 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (AS$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sokongan antarabangsa untuk Palestin meningkat, terbongkar Israel tidak bermaruah - Pensyarah USIM
Dunia ketika ini menyaksikan peningkatan sokongan kepada negara dan rakyat Palestin yang terus dibantai oleh Israel.

Takaful Malaysia perkenal Kad Perubatan Digital Kaotim
Takaful Malaysia melancarkan platform digital Kaotim dalam usaha menawarkan pengalaman lebih mesra pelanggan dan selamat pada Rabu.

New Zealand minat teroka peluang kolaborasi dengan Malaysia berkaitan Orang Asli
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata New Zealand berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat PM Anwar
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro, yang sedang dalam rangka lawatan negara menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hubungan dua hala Malaysia, New Zealand kini lebih kukuh - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh.

Gabenor Jeneral New Zealand diberi sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan Kiro bersama pasangannya Dr Richard Davies pada 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.