Bilqis Hijjas, gadis yang melepaskan belon berwarna kuning di sebuah pusat membeli belah pada 31 Ogos lalu, didakwa pada Rabu atas tuduhan berkelakuan menghina bagi membangkitkan kemarahan.
Bilqis, 36 tahun, yang dikenali sebagai "Gadis Belon" itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nur Azura Murah.
Bagi kesalahan itu, Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda sehingga RM100 jika sabit kesalahan.
Peguam Michelle Yesudas memohon mahkamah menetapkan jaminan antara RM100 dan RM150 terhadap anak guamnya.
Majistret kemudian membenarkan Bilqis diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Oktober untuk sebutan semula kes.
Keluarga tertuduh membayar jaminan terbabit.
Bilqis didakwa berkelakuan dengan cara menghina yang bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavillion, Jalan Bukit Bintang, pada pukul 3.15 petang, 31 Ogos lalu.
Astro Awani
Wed Sep 23 2015
Bilqis, 36 tahun, yang dikenali sebagai "Gadis Belon" itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Nur Azura Murah. - Gambar Fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
China bantah tindakan AS tembak jatuh belon 'awam'
China mengemukakan bantahan selepas 'belon' ditembak jatuh oleh Amerika Syarikat (AS).
Belon meletup, 16 termasuk kanak-kanak melecur
Seramai 16 orang termasuk kanak-kanak melecur apabila belon yang menjadi 'prop' untuk program kecergasan sempena Bulan Sukan Negara 2019 di Dataran Putrajaya di sini hari ini meletup.
Israel hentikan penghantaran bahan api ke Gaza susulan pelepasan belon
Pihaknya telah memerintahkan agar bekalan bahan api ke melalui persimpangan Kerem Shalom dihentikan sehingga diberitahu kelak.
Belon gergasi 'Trump Baby' dapat kebenaran untuk diapungkan
Datuk Bandar London, Sadiq Khan telah memberikan kebenaran untuk belon itu diapungkan selama dua jam.
Belon udara panas dengan 13 penumpang terbakar
Bagaimanapun menurut laporan yang dikeluarkan kesemua 13 penumpang itu berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami kecederaan.
Kira-kira 30 orang cedera selepas belon berisi gas meletup
Kira-kira 30 orang termasuk kanak-kanak dan dewasa cedera selepas belon berisi gas dipercayai meletup pada pukul 11.30 pagi di Dataran Batu Burok di sini.
Solidariti netizen buat Bilqis Hijjas
Bilqis Hijjas mengaku tidak bersalah atas dakwaan melepaskan belon berwarna kuning pada majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pusat beli belah di ibu negara.
'Gadis belon' mengaku tidak bersalah
Bilqis Hijjas, gadis yang melepaskan belon berwarna kuning di sebuah pusat membeli belah pada 31 Ogos lalu, didakwa pada Rabu atas tuduhan berkelakuan menghina bagi membangkitkan kemarahan.