awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/05/2020
06:36 MYT
Gadis dan teman lelaki direman kes campak bayi
Bayi malang yang dicampak oleh ibunya dari tingkat empat dilaporkan mengalami retak tempurung kepala dan kecederaan pada hati.
Bayi perempuan yang mengalami kecederaan pada bahagian otak selepas dicampak ibunya dari tingkat empat Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru, Georgetown Rabu lalu kini berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Derah Barat Daya, Suprintendan A A Anbalagan berkata, pihak hospital memaklumkan bayi berkenaan tidak perlu menjalani pembedahan berikutan kecederaan yang tidak serius.
“Bayi berada dalam keadaan stabil. Menurut doktor, kecederaan pada otak tidak perlu dibedah kerana kecederaan tidak teruk.” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Sementara itu, beliau berkata, ibu bayi berkenaan kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Mei ini, manakala teman lelakinya pula direman selama enam hari sehingga 20 Mei ini bagi membantu siasatan.
Anbalagan berkata, kedua-dua suspek yang berusia 18 tahun direman bermula 15 Mei lalu di Lokap Berpusat Bayan Baru, Pulau Pinang.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
BACA: Kejam! Remaja tergamak campak bayi dari tingkat empat
BACA: Teman lelaki ibu campak bayi serah diri
Dalam kejadian pukul 8 pagi 13 Mei lalu, bayi perempuan itu ditemui penghuni flat selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah.
Siasatan mendapati wanita berkenaan melahirkan bayi tersebut dalam tandas rumah tanpa pengetahuan keluarga dan bertindak membuang bayinya kerana panik dan bimbang diketahui ahli keluarga.
Selain kecederaan pada otak, bayi malang itu turut dilaporkan mengalami retak tempurung kepala dan kecederaan pada hati.
Topic Berkaitan
#bayi
#campak
#flat
#Hospital
#lelaki
#pulau pinang
#Seksyen 317 Kanun Keseksaan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan