awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh di restoran, polis kesan individu disyaki terlibat

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2021
23:25 MYT
Gaduh di restoran, polis kesan individu disyaki terlibat
Rakaman video tular yang memaparkan insiden pergaduhan sekumpulan individu di sebuah restoran di Jalan Genting Klang pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan sekumpulan individu yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di sebuah restoran di Jalan Genting Klang di sini, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan D Saralathan berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam yang berada di tempat kejadian.
"Sehubungan dengan itu, satu siasatan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Saralathan berkata, usaha mengesan pihak-pihak yang terlibat masih dijalankan.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran," katanya.
Saralathan turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi serta menularkan video tersebut kerana ia boleh mendatangkan kegusaran awam.
Pada Khamis, satu video berdurasi tujuh saat tular dipercayai dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Twitter yang memaparkan insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di restoran itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Genting Klang
#Saralathan
#pergaduhan di sebuah restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan