KUALA TERENGGANU: Kegagalan memahami apa itu sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown" punca berlakunya pembelian panik di Kuala Terengganu hari ini.
Ia susulan penyebaran beberapa gambar memaparkan orang ramai beratur panjang di beberapa pasar raya di bandar itu sejak pagi tadi.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, situasi itu adalah sesuatu yang amat dikesalkan kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko jangkitan sedangkan perkara tersebut boleh dielakkan.
“Saya menerima laporan terlalu ramai orang berpusu-pusu ke pasar raya dan pasar di kawasan Parlimen saya, Kuala Terengganu untuk membeli bekalan keperluan seolah-olah untuk persiapan jangka panjang.
“Ini adalah bahaya kepada diri sendiri, orang ramai bila terlalu ramai berada berdekatan antara satu sama lain, kemungkinan penularan virus COVID-19 boleh berlaku. Saringan MySejahtera, pengukuran suhu hanya di pintu masuk. Yang berkumpul ramai sebelum pintu kita tidak pasti dan ada risiko," katanya yang dihubungi oleh Astro AWANI.
Malah jelasnya kesilapan kefahaman dalam kalangan orang ramai juga menjadi penyebab berlakunya perkara tersebut sejak awal pagi sebaik pasaraya dibuka.
Malah menurutnya ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan bekalan keperluan adalah mencukupi dan sekatan pergerakan penuh Jun ini tidak menghalang wakil keluarga untuk keluar membeli barangan keperluan.
“Saya memohon rancang dengan baik keperluan. Pilih kedai yang tidak perlu bersesak (banyak kedai runcit di kampung yang ada bekalan). Beli pada kuantiti yang diperlukan bukan keperluan untuk sebulan. Lima hari lagi boleh ke kedai lagi.
"Saya baru hubungi Pengarah KPDNHEP Terengganu yang memaklumkan bekalan keperluan pengguna adalah mencukupi dan harga barangan terkawal,” jelasnya lagi.
Apa yang lebih penting katanya orang ramai perlu menunggu pengumuman prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) nanti.
“Tidak mahu dah dengar ada yang buang bertimbun roti kerana tersilap beli banyak-banyak kerana ingat semua kedai tutup tidak buka untuk jangka masa yang lama,” katanya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat May 29 2021
Gambar yang dikongsi pembaca menunjukkan orang ramai berpusu-pusu beratur sebaik pusat membeli belah dibuka di Terengganu. - Foto pembaca Astro AWANI
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.