awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran

Bernama
Bernama
25/01/2024
15:19 MYT
Gagal kutip hutang, along bertindak ancam jiran
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 32, berkata beliau menyedari pagar rumah, kereta isteri serta kereta jirannya disimbah cat pada kira-kira pukul 8 pagi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Tiga kenderaan dan pagar dua buah rumah di Taman Selaseh, Gombak di sini rosak selepas disimbah cat merah dipercayai dilakukan pemberi pinjaman wang tidak berlesan atau Along, pagi tadi.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad, 32, berkata beliau menyedari pagar rumah, kereta isteri serta kereta jirannya disimbah cat pada kira-kira pukul 8 pagi.
Katanya Along terbabit turut meninggalkan sekeping nota di rumah jirannya, mendesak pihak kejiranan untuk memaksa individu yang dicari membayar hutang selain mengancam membakar rumah di situ jika gagal berbuat demikian.
Menurutnya insiden simbah cat itu telah bermula sejak beberapa tahun lepas selepas jirannya yang dipercayai membuat pinjaman itu berpindah ke tempat lain.
"Sebelum ini, rumah saya ada terkena simbahan cat tetapi tidak seteruk seperti kali ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pinjaman wang
#membayar hutang
#simbah cat
#rumah sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan