Seorang peniaga dan pekerjanya baru-baru ini menjadi dua individu pertama yang didakwa dan dijatuhkan hukuman denda atas kesalahan mendaftarkan kad sim tanpa membuat pengesahan data maklumat yang sah milik pengguna akhir terlebih dahulu.
Tertuduh, Chee Han Hing, 38 tahun mengaku bersalah atas 18 pertuduhan dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan yang dimaksudkan.
Manakala, pekerjanya pula, Tan Shi Wei, 26 tahun turut mengaku bersalah atas 18 pertuduhan yang dilakukannya dan dijatuhi denda sebanyak RM1,000 untuk setiap pertuduhan berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan denda yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh sebanyak RM72,000.
Kedua-dua tertuduh didakwa membuat capaian kepada kandungan komputer iaitu sistem Multi-Channel Portal (MCP) dan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem MCP itu di CW Teleshop, 68, Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Selangor.
Mereka didakwa mengikut seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Mohd Sophian Zakaria. Sebelum ini, pada awal Januari yang lalu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018
Kedua-dua tertuduh didakwa membuat capaian kepada kandungan komputer iaitu sistem Multi-Channel Portal atau MCP dan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa ke atas kandungan sistem MCP itu. - Gambar hiasan
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
MCMC atasi masalah capaian Internet di 2 kampung di Negeri Sembilan, Sarawak
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyelesaikan masalah capaian Internet di Kampung Malan, Dangi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Kampung Sawai, Matu di Sarawak.
[KOLUMNIS] Tercapaikah kemenjadian murid melalui PdPR?
Pentaksiran yang dilakukan dalam PdPR seharusnya lebih holistik, tidak hanya mengukur kemampuan kognitif murid atau intelektualnya, tanpa meminggirkan aspek emosi, rohani dan jasmani.
TM perlu cari penyelesaian tingkatkan akses internet ke seluruh negara - Gobind
Beliau berkata menjadi dasar kerajaan untuk membekalkan akses Internet jalur lebar kepada semua dan memberi penekanan kepada kualiti perkhidmatan yang terbaik.
Gagal sahkan data pengguna akhir, peniaga dan pekerja didenda RM72,000
Tertuduh, Chee Han Hing, 38 tahun mengaku bersalah atas 18 pertuduhan dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan yang dimaksudkan.