awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal samun, suspek sempat tetak mangsa dan kakak

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/06/2018
06:57 MYT
Gagal samun, suspek sempat tetak mangsa dan kakak
Suspek berusia 34 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu ditahan pada 19 Jun lalu di sebuah stesen minyak di Manggatal, hasil maklumat daripada orang awam. - Foto ihsan Polis Kota Kinabalu.
Polis menahan lelaki dipercayai terlibat kes samun dan mencederakan mangsa dalam kejadian di Kilometer 7.5 berhampiran sebuah taman perumahan Inanam, dekat sini, baru-baru ini.
Suspek berusia 34 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu ditahan pada 19 Jun lalu di sebuah stesen minyak di Manggatal, hasil maklumat daripada orang awam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP M Chandra, pihak polis telah menerima makluman berhubung kes berkenaan daripada Pegawai Perubatan Hospital Likas pada 10 Jun lalu selepas mangsa yang cedera akibat ditetak suspek mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
"Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.45 pagi itu juga disedari jiran mangsa apabila terdengar orang menjerit meminta tolong dan apabila keluar mendapati mangsa terbaring di hadapan rumah dalam keadaan cedera dan berlumuran darah.
"Pada masa sama, saksi juga ternampak seorang lelaki yang dipercayai suspek berpakaian hitam lari keluar ke arah semak samun dengan memanjat pagar rumah mangsa. Saksi kemudian membawa mangsa ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Chandra (kiri) bersama dengan mangsa yang ditetak suspek dalam kejadian samun di taman perumahan Inanam.
Chandra (kiri) bersama dengan mangsa yang ditetak suspek dalam kejadian samun di taman perumahan Inanam.
Chandra berkata, berdasarkan siasatan polis, hanya seorang suspek yang memasuki rumah mangsa dan lelaki itu tidak sempat melarikan apa-apa barang dari rumah mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala, jari tangan kanan, rusuk kiri dan pinggang akibat ditetak menggunakan parang dalam pergelutan menyelamatkan ibu dan kakak mangsa.
"Kakak mangsa juga turut mengalami kecederaan di kepala dan kedua-kedua mereka menerima rawatan di Hospital Likas serta dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Tambah Chandra, hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dalam penyalahgunaan dadah dan pihaknya juga sedang menyiasat penglibatan suspek sekiranya terbabit dalam kes jenayah yang lain.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga 26 Jun ini bagi membantu siasatan.
Senjata yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan samun di rumah mangsa.
Senjata yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan samun di rumah mangsa.
Topic Berkaitan
#ACP M Chandra
#Hospital Likas
#Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu
#pecah rumah
#polis
#saksi
#samun
#suspek
#tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan