awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagasan Malaysia MADANI relevan diangkat, diadaptasi di peringkat global - Zambry

Bernama
Bernama
09/12/2023
21:00 MYT
Gagasan Malaysia MADANI relevan diangkat, diadaptasi di peringkat global - Zambry
Zambry berkata gagasan Malaysia MADANI bukan hanya bertujuan menyelesaikan masalah ataupun sekadar memenuhi keperluan semasa dalam negara. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Gagasan Malaysia MADANI adalah relevan untuk diangkat dan diadaptasi dalam kerangka global khasnya di negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata ini kerana gagasan itu mempunyai nilai-nilai sejagat selain kriteria berteraskan Maqasid Syariah, kriteria pematuhan aspek kemampanan, impak sosial dan aspek governans (ESG) serta matlamat pembangunan mampan yang menjadi antara fokus dunia global.
Sebagai contoh, katanya kesan gelombang COVID-19 yang memberi pelbagai kesan terhadap sosioekonomi berlanjutan selain mengubah cara serta gaya hidup penduduk dunia termasuk Malaysia dan ternyata sehingga kini, masih lagi dibelenggu ketidaktentuan yang menatijahkan delusi pesimistik kepada masa hadapan.
"Mujurnya, pimpinan negara yang diteraju Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dengan menyajikan suatu gagasan komprehensif, kerangka polisi pembangunan negara dalam era pascanormal dan zaman pasca-COVID-19 yang dikenali sebagai Malaysia MADANI," kata beliau ketika berucap pada Seminar Nasional Peradaban Madani di sini pada Sabtu.
Seminar sempena Ijtimak Haraki Kali Ketujuh itu dianjurkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang bertemakan 'Kebangkitan Nusa dan Anjakan Global.'
Zambry berkata gagasan Malaysia MADANI bukan hanya bertujuan menyelesaikan masalah ataupun sekadar memenuhi keperluan semasa dalam negara tetapi juga bertindak mentrajektori suatu kerangka kesedaran bagi mencorak masa depan negara dan memenuhi potensinya.
"Gagasan tersebut sebenarnya suatu kerangka fikir pembangunan peradaban Malaysia dalam pembabakan baharu yang memenuhi enam tonggak MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, yakin dan ihsan serta merupakan kriteria ESG yang komprehensif," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kriteria ESG
#Impak Sosial
#masa hadapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan