awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar serang pengawal agresif kerana cuba lindungi anak

Bernama
Bernama
28/07/2020
09:32 MYT
Gajah liar serang pengawal agresif kerana cuba lindungi anak
Perhilitan cuba mengesan dan menangkap gajah-gajah terbabit untuk dipindahkan ke lokasi lain. -Bernama
Gajah liar yang dipercayai menyerang seorang pegawal keselamatan di sebuah lombong pasir di Batu 6, Simpang Perani, Mawai, Kota Tinggi, sehingga maut semalam, disyaki berbuat demikian untuk melindungi anaknya.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata ini berdasarkan kesan tapak anak gajah yang ditemukan di lokasi kejadian.
"Kita mengesyaki terdapat tiga ekor gajah terlibat termasuk seekor anak gajah. Kita percaya mereka ini terpisah dari kumpulan gajah panti yang sering berjalan berkumpulan (dalam 30 hinggan 40 ekor).
"Adalah disyaki gajah naik berang dengan salakan kumpulan anjing (dalam 10 hingga 15 ekor) yang memang ada di kawasan kejadian di mana mangsa sedang tidur. Kita juga kesan tapak anak gajah yang dikesan, dipercayai gajah cuba melindungi anaknya daripada kumpulan anjing tersebut," kata beliau ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Salman berkata pihaknya kini cuba mengesan dan menangkap gajah-gajah terbabit untuk dipindahkan ke lokasi lain.
"Kami juga membantu keluarga mangsa untuk membuat tuntutan Tabung Bantuan Serangan Binatang Buas bagi mengurangkan beban yang dipikul oleh keluarga mangsa," kata beliau lagi.
Salman berkata demikian ketika diminta mengulas punca kejadian semalam dan tindakan pihak Perhilitan Johor dalam menangani kes berkenaan.
Semalam, lelaki berusia 56 tahun dipercayai diserang dua hingga tiga ekor gajah ketika bertugas sebagai pengawal keselamatan pada jam 10.30 pagi.
Hasil siasatan di tempat kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring tidak berbaju serta berseluar hitam dengan kesan lebam pada badan disyaki diserang oleh gajah liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gajah liar
#keselamatan
#Kota Tinggi
#mangsa
#maut diserang gajah
#serang
#serang pengawal keselamatan
#serangan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan