ALOR SETAR: Kerajaan harap sektor swasta turut memberikan komitmen untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak kerajaan bagi merealisasikan dasar kenaikan gaji yang progresif dalam menghadapi isu berkaitan kenaikan kos sara hidup.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan memerlukan dasar komprehensif melibatkan pihak swasta dan awam, yang kini menjadi keutamaan kerajaan, yakni untuk bertindak merapatkan jurang ketara antara pertumbuhan gaji ramai dengan kenaikan kos sara hidup.
Katanya kerajaan telah dan sedang berusaha menangani isu berkaitan harga barangan dan juga inflasi, namun sekiranya gaji tidak naik secara berkala, isu harang barangan dan kenaikan kos sara hidup tetap tidak akan dapat diselesaikan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah MADANI di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti di sini hari ini.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan akan membincangkan soal mengkaji semula skim gaji perkhidmatan awam, berikutan tiada kenaikan diberikan kepada penjawat awam bagi tempoh yang agak lama, dengan kali terakhir skim gaji berkenaan disemak adalah pada 2013 melibatkan kira-kira 1.6 juta orang.
Sementara itu Rafizi berkata kerajaan tidak boleh lagi menguruskan ekonomi mengikut cara lama iaitu dengan cara memberikan tumpuan sepenuhnya aspek pelaburan semata-mata sehingga menyebabkan golongan kaya semakin kaya, namun pertumbuhan kekayaan itu tidak sampai kepada rakyat keseluruhannya.
Beliau berkata telah tiba masanya untuk isu berkenaan dibincangkan, dan ketika ini sudah ada petanda mengenai ekonomi negara semakin bertambah baik, terutamanya dari segi penurunan inflasi, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pelaburan masuk ke dalam negara yang tinggi.
"Fokus utama sekarang adalah menangani kemiskinan tegar, kita perlu mengutamakan isu ini terlebih dahulu dengan cara mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui pertanian dan keusahawanan. Perhatian segera kita adalah untuk menangani soal pendapatan," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Rafizi pada sidang media selepas program Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti hari ini. - Bernama
Ringgit dijangka hampiri paras 4.40 menjelang akhir tahun - Kenanga IB
Ringgit dijangka diniagakan hampir pada paras 4.40 menjelang akhir tahun berikutan petanda yang membayangkan Fed AS mungkin mengurangkan kadarnya hanya 50-75 mata asas tahun ini.
Rekod simpanan Arkib Negara dapat hasilkan catatan sejarah lebih menyeluruh - Aaron
Sebelum ini, rekod di arkib mungkin kurang dimanfaatkan pengkaji sejarah hingga timbul isu catatan sejarah negara tidak begitu komprehensif.
ACT 2024: Speedy Tigers tewas 2-4 kepada China
Gawang Malaysia bolos seawal minit kesembilan menerusi jaringan sudut penalti Gao Jiesheng sebelum Muhammad Azrai Aizad menyamakan kedudukan.
Isteri hidap dementia tak sedar suami rentung di halaman rumah
Mayat mangsa ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.
32 NADI siap sepenuhnya di Pulau Pinang - Zairil
Keseluruhannya, 35 NADI beroperasi di Pulau Pinang termasuk tiga sedia ada manakala baki enam lagi dijangka siap pada hujung bulan ini.
LPP ajak usahawan ceburi ternakan udang kara
LPP sedia berkolaborasi dengan syarikat penternakan udang kara bagi memberi latihan dan mengajar kaedah ternakan untuk dipraktikkan.
Singapura cadangkan rang undang-undang larang kandungan deepfake semasa pilihan raya
Rang Undang-Undang itu mencadangkan larangan penerbitan iklan pilihan raya dalam talian (OEA) yang dijana atau dimanipulasi secara digital.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Persembahan 'Rumah MADANI Jiwa Merdeka' antara tarikan sambutan Hari Malaysia
Rumah MADANI Jiwa Merdeka bakal dipersembahkan oleh 100 artis budaya daripada Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.
Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
Kos tinggi pelaksanaan Dasar Gaji Progresif boleh diimbangi dengan bon kemahiran - Ahli Parlimen Belia
Majikan perlu berunding dengan pekerja untuk memastikan kos pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) memberikan imbalan yang munasabah kepada syarikat.
Bruno Fernandes mahu naik gaji RM2.19 juta seminggu
Fernandes dikatakan bakal meninggalkan United walaupun pada musim lalu dia menjadi salah seorang pemain terbaik pasukan itu.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Kerajaan pertimbang cadangan gaji RM4,000 untuk graduan TVET
Cadangan itu antara yang diberi perhatian dalam usaha memperkasakan institusi TVET di Malaysia.
Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.
Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
Kehadiran beliau bagi mengiktiraf peranan golongan profesion teknikal yang sesuai dengan keadaan dan pertumbuhan ekonomi negara sekarang.