KUALA LUMPUR: Gaji minimum bulanan semasa negara iaitu RM1,200 (AS$283) boleh disemak semula dan dinaikkan kerana kerajaan berkemampuan untuk menampung kenaikan itu, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Abdul Wahid yang kini merupakan pengerusi Bursa Malaysia Bhd berkata ini dapat dilakukan secara berperingkat dalam jangka waktu tertentu untuk memberi masa yang cukup kepada perniagaan merancang dengan sewajarnya.
Ini juga boleh menggalakkan mereka mempertingkatkan automasi serta memperbaik proses mereka dan seterusnya mewujudkan lebih banyak pekerjaan bernilai tinggi untuk pekerja tempatan, kata beliau.
"Penting bagi semua majikan untuk memastikan pekerja mereka diberi imbuhan yang cukup dan disediakan kemudahan yang baik selain persekitaran kerja yang aman dan kondusif.
"Saya rasa sebenarnya ada ruang untuk kenaikan gaji dari masa ke masa, tetapi apa yang penting bagi kerajaan adalah menetapkan sasaran jangka panjang atau jangka pertengahan," katanya pada sidang media secara maya di luar majlis Sidang Kemuncak APAC 2021 di sini hari ini.
Gaji minimum kali terakhir disemak pada 1 Feb, 2020, dengan kenaikan RM100.
Dalam pada itu, Abdul Wahid mengharapkan agar perniagaan mengambil inisiatif untuk menawarkan imbuhan yang setimpal untuk pekerja mereka dan bukannya menunggu kerajaan mengumumkan dasar baharu mengenai gaji minimum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 22 2021
Menurut Wahid, ada ruang untuk kenaikan gaji dari masa ke masa, tetapi apa yang penting bagi kerajaan adalah menetapkan sasaran jangka panjang atau jangka pertengahan. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Tambah baik PWM, tidak perlu tinggal gaji minimum - MTEM
Kerajaan harus menetapkan matlamat jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar.
Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Cuepacs telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Anwar.
KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara
SPK dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Pencen Sumbangan Tambahan.
BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.
Pembayaran gaji minimum RM1,500 mampu tingkat kesejahteraan hidup pekerja
Pembayaran gaji minimum juga mampu meningkatkan kualiti kehidupan pekerja seperti mengatasi masalah kualiti makanan.