Pangkat dan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan disetarakan dengan perkhidmatan awam am yang berkuatkuasa sejak 1 Januari 2013 lalu.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penyeragaman itu meliputi skop tugas, pangkat dan kelayakan dalam skim perkhidmatan tentera dan polis.
Pengumuman tersebut turut memberikan anggota tentera dan polis perubahan lapisan gaji dan jawatan yang sama dengan kakitangan awam.
“Kesetaraan ini dibuat bagi memastikan kedudukan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu ATM, PDRM dan perkhidmatan awam am sentiasa terpelihara disamping mengekalkan keharmonian antara perkhidmatan”, kata Najib.
Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk memberikan semua penjawat awam faedah kenaikan gaji tahunan KGT yang akan diawalkan pada 1 Julai 2013.
“Sebagai contoh, Koperal tentera atau polis gred 17 akan diseragamkan kepada gred 22 dalam perkhidmatan awam sementara sarjan gred 27 akan diseragamkan keg red 29 perkhidmatan awam”, ujarnya.
Tambahnya, dengan faedah tersebut setiap penjawat awam bakal menerima antara RM80 hingga RM320 kenaikan gaji.
Najib berkata, semua inisiatif yang diumum merupakan sebahagian daripada system saran baharu yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Tranformatif (STI).
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di Putrajaya.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa serta menteri-menteri kabinet.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Mon Mar 11 2013

Gaji polis tentera, Najib, Perkhidmatan Awam, Perdana Menteri

32 OKU penglihatan tawan Bukit Dinding
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan.

Syed Saddiq arah 'clearkan' wang RM1 juta selepas disiasat SPRM - Saksi
Ditanya mengapa Syed Saddiq menyuruh dia 'clearkan' wang terbabit, Rafiq Hakim Razali, 32, menjawab "Dia takut duit itu disita."

Cerita Sebalik Berita: Perkembangan banjir di Baling
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Suara Rakyat | Minyak masak peket habis, pengguna terpaksa 'berkorban'
Pemansuhan semula subsidi minyak masak botol sejak 1 Julai lalu beri kesan besar kepada sebilangan penduduk di Kota Kinabalu. Mereka mendakwa stok minyak masak paket di pasaran sudah habis. Jadi tiada pilihan, terpaksa bayar lebih untuk beli minyak masak botol. Situasi ini amat membebankan terutama bagi peniaga kecil.

Food@Campus Keluarga Malaysia diteruskan
KPT meneruskan kesinambungan inisiatif pemberian baucar makanan percuma kepada pelajar B40 di IPT melalui Food@Campus Keluarga Malaysia.

Cerita Sebalik Berita: Keselamatan tetamu Allah di Makkah
Wartawan Astro AWANI menceritakan kisah di sebalik sesuatu berita yang dilaporkan.

Pelupusan Haram | Misteri bau busuk terjawab, JAS temui lombong 'kimia'
Misteri bau kurang menyenangkan yang mengganggu penduduk sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5, Putrajaya sejak seminggu lalu akhirnya terjawab. Penemuan lokasi pencemaran bau dipercayai berpunca daripada bahan buangan kimia di lokasi tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk.

17 premis makanan kotor di Kelantan diarah tutup
Sebanyak 17 daripada 4,097 premis makanan di Kelantan diarahkan tutup setakat ini berikutan gagal mematuhi peraturan kebersihan dari segi aspek penyediaan dan penyimpanan.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.

Misteri bau busuk terjawab, JAS temui tapak pembuangan sisa kimia haram
Pemeriksaan JAS di Kampung Semarang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Sepang mendapati lebih 100 tong besi berisi bahan kimia dipercayai dibuang di lokasi berkenaan.

Gaji polis dan tentera diseragamkan: Najib
Tangga gaji polis dan pasukan tentera disepadankan dengan struktur perkhidmatan awam bermula Januari tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkannya hari ini.