KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan dan meraikan perbezaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi membuka peluang mereka memahami kisah komuniti berbeza di negara ini sekali gus memupuk semangat perpaduan yang membawa negara ke hadapan.
"Kita perlu ambil peluang ini untuk mendalami cerita komuniti yang berbeza di negara kita sendiri dan dari situ kita boleh memahami dan meraikan perbezaan sejak kecil lagi," katanya kepada pemberita di Wisma Bernama pada Selasa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jom Baca Bersama 10 Minit@Bernama: Pembacaan Melestarikan Perpaduan yang diadakan dengan kerjasama Kedutaan Sweden di Malaysia sempena Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia yang disambut pada setiap 23 April.
Fahmi berkata dalam era digitalisasi, beliau memahami cabaran ibu bapa untuk menggalakkan budaya membaca buku dalam kalangan kanak-kanak kerana mereka telah didedahkan dengan peranti dan alat komunikasi sejak awal usia.
Namun ibu bapa perlu memainkan peranan untuk menarik minat mereka dan meluangkan masa bersama untuk membaca buku.
"Saya rasa untuk anak-anak saya pun kadang nak mengarahkan mereka membaca buku tak mudah tetapi ia bermula dengan nasihat ibu bapa yang melarang menggunakan peranti.
"Kita perlu mula belikan buku, ada budaya pegi ke kedai buku, luangkan masa bersama dan cari buku yang mereka minat, jadi buku-buku itu akhirnya bila kita minta tak main peranti, jadi mereka akan buka buku-buku ini," katanya.
Terdahulu Fahmi menyertai murid dan guru dari Sri Aria School serta warga Bernama meluangkan masa membaca buku pilihan masing-masing selama 10 minit di lobi Wisma Bernama.
Turut menyertai program itu ialah Duta Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Fahmi bergambar bersama pembaca cilik pada Program Jom Baca Bersama 10 Minit@Bernama: Pembacaan Melestarikan Perpaduan di Wisma Bernama hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Malaysia seru kukuhkan perpaduan negara anggota OIC untuk hadapi cabaran dalam Dunia Islam
Malaysia menyeru supaya perpaduan dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) diperkukuh bagi menghadapi cabaran yang dihadapi Dunia Islam.
Program Madani Rakyat: Pemuda gigih hasilkan mural 'perpaduan' dalam tempoh tiga hari
Lukisan mural hasil tangan seorang artis grafiti Abdul Qoyyum Mohd disiapkan dalam tempoh tiga hari bermula Jumaat.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Lebih banyak program libatkan Orang Asli di Melaka - Exco
Lebih banyak program melibatkan penyertaan komuniti Orang Asli akan dilaksanakan di Melaka bagi mendedahkan mereka kepada masyarakat luar.
Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron
Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.