BATU PAHAT: Hidayah Centre Batu Pahat, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mualaf di daerah ini, mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Timbalan Pengerusi NGO berkenaan Muhammad Ridhuan Tew Abdullah berkata pihaknya tergerak untuk membuat program yang dikenali sebagai Aidilfitri Culture Open House 2024 itu sebagai platform pendedahan, sekali gus memberikan kefahaman erti sebenar satu daripada perayaan utama umat Islam.
Sebelum ini katanya, terdapat beberapa kenalan bukan beragama Islam terkeliru sebab utama Aidilfitri diraikan sehinggakan ada yang menyangka ia merupakan sambutan tahun baharu seperti Tahun Baharu Cina.
"Itulah sebabnya NGO ini mengadakan program yang berunsurkan pendidikan mengenai Aidilfitri, termasuklah sebab ia disambut serta beberapa perkara yang berkaitan dengannya seperti pakaian, makanan, aktiviti kebudayaan serta lagu-lagu yang sering diputarkan ketika lebaran.
"Peserta program ini melibatkan semua peringkat umur bermula daripada kanak-kanak sehinggalah ibu bapa mereka," katanya kepada Bernama pada program berkenaan yang diadakan di Batu Pahat Mall di sini hari ini.
Program yang diadakan selama dua hari bermula semalam itu turut mendapat kerjasama daripada Home School 'Alice Has a Farm', Batu Pahat Mall, Pantai Hospital Batu Pahat, Southern Volunteers (SV) Batu Pahat dan Pertubuhan Tari Ronggeng BP serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram Gan Peck Cheng.
Menurut Muhammad Ridhuan, mereka yang terlibat dalam program terbabit turut didedahkan dengan demonstrasi masakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang cukup popular pada hari raya iaitu kuih semperit.
Katanya, mereka juga turut berpeluang melihat demonstrasi penyediaan ketupat, malah lebih istimewa masing-masing dapat merasai sendiri pengalaman menganyam ketupat, memasukkan beras ke dalam kelongsong ketupat serta memasak rendang dan kuah kacang.
"Selain itu, kanak-kanak yang menyertai program ini turut didedahkan dengan pakaian tradisi yang sering dipakai ketika Aidilfitri, demonstrasi pemakaian tudung, selain didendangkan dengan beberapa lagu yang bertemakan hari raya.
"Program ini dilihat bukan sahaja memberikan pendedahan mengenai Aidilfitri kepada bukan Muslim, tetapi juga memupuk semangat perpaduan dan dalam masa yang sama saling menghormati agama serta budaya sesama kita," katanya.
Muhammad Ridhuan berkata program itu ialah kesinambungan kepada program yang telah diadakan sebelum ini pada bulan Ramadan, ketika itu mereka yang bukan beragama Islam turut didedahkan dengan keistimewaan Ramadan serta berpeluang berbuka puasa bersama-sama mereka yang beragama Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Menurut Muhammad Ridhuan, mereka yang terlibat dalam program terbabit turut didedahkan dengan demonstrasi masakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang cukup popular pada hari raya iaitu kuih semperit. - Gambar Bernama
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Penerbit diseru hasilkan lebih banyak karya semarakkan perpaduan, patriotisme
Aaron berkata seni perfileman mampu sampaikan mesej perpaduan dan jadi platform bagi mengingatkan semua tentang jati diri rakyat Malaysia.
Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.
PM Anwar santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia untuk mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam bingkai kesatuan dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Inisiatif Harmoni MADANI dekatkan pelbagai penganut agama - Aaron
Inisiatif Harmoni Madani yang dijayakan sepanjang tahun 2024 telah meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam bagi memperkukuhkan hubungan kebersamaan dan keharmonian.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka dilihat sebagai sokongan untuk perpaduan
Kemenangan besar parti Presiden Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake, dalam Pilihan Raya Parlimen pada Khamis dipuji sebagai sokongan untuk perpaduan nasional.
Khutbah platform nasihat jemaah, galak perpaduan - Mohd Na'im
Mohd Na'im tegaskan, peranan utama khutbah adalah untuk menyampaikan nasihat serta menggalakkan perpaduan dalam kalangan umat Islam.
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.