awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/05/2023
09:24 MYT
Galak penggunaan bahasa isyarat di agensi kerajaan - Nancy Shukri
Nancy juga menggalakkan kementerian dan agensi lain untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan kerjasama swasta. - Fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) telah memulakan inisiatif menggunakan khidmat penterjemah bahasa isyarat dalam majlis anjuran mereka.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia bukan sahaja satu usaha bagi menyokong golongan kelainan upaya (OKU) untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti masyarakat, tetapi juga dapat membantu golongan terlatih menjana sumber ekonomi.
"Kita menggunakan peluang ini untuk menguar-uarkan semua acara dalam negara, kalau boleh, gunakan golongan yang terlatih ini sebagai jurubahasa dalam penggunaan bahasa isyarat. Ini juga akan jadi sumber ekonomi bagi mereka yang terlatih dan berkebolehan dalam bahasa isyarat.
"Saya memang nak promosikan ini supaya boleh buat dua perkara dalam satu, iaitu kita bantu OKU untuk memahami apa yang disampaikan dan kedua, kita bantu golongan yang terlatih dalam bahasa isyarat supaya mereka boleh cari rezeki juga," ujarnya.
Beliau juga menggalakkan kementerian dan agensi lain khususnya kerajaan untuk memulakan inisiatif yang sama, selain turut mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama badan bukan kerajaan serta swasta.
"Kita tidaklah memaksa tetapi kita galakkan mereka lakukan inisiatif sama.
"Perkara seperti ini kadang-kadang memerlukan kita memberi kesedaran dengan memberi peringatan. Kita akan tulis surat pada mereka terutama sekali kerajaan dan pihak kementerian," katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Kasih KPWKM Bersama Kumpulan Sasar di Putrajaya, pada Isnin.
Majlis berkenaan yang diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Keluarga Antarabangsa, meraikan kanak-kanak, warga emas dan artis veteran.
Dalam pada itu, Nancy juga memaklumkan sambutan Hari Keluarga peringkat nasional bakal diadakan pada November depan.
"Banyak program yang kita akan adakan untuk menunjukkan betapa pentingnya nilai kekeluargaan.
"Buat masa ini kita bukan saja merancang tetapi sudah menyusun atur perancangan, tunggulah November nanti," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Nancy Shukri
#bahasa isyarat
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan