Suasana keterujaan terserlah di Centre Court, Mid Valley Megamall pada hari Jumaat, dengan kumpulan orang ramai berkumpul untuk menjadi antara yang pertama memiliki model terbaru Samsung, GALAXY Note II.

Studio untuk Samsung GALAXY Note II menyaksikan barisan mereka yang berbaris dari seawal pukul 7 pagi untuk mendapatkan sendiri telefon pintar yang direka untuk meningkatkan kreativiti seharian.

Samsung Malaysia Electronics memberikan kepada 50 pengguna pertama pengecas desktop Galaxy Note II dan 50 lagi dengan "flip covers" asli.

Edison Liew, pelanggan pertama yang berjaya mendapatkan telefon pintar itu, begitu gembira tatkala memegang jenama baharu GALAXY Note II milik beliau itu.

"Saya amat teruja dengan skrinnya yang besar dan pelbagai fungsi yang saya hanya baca daripada Internet," tambah beliau.

GALAXY Note II pertama sekali diperkenalkan di Berlin sebulan yang lalu.

Para pengguna boleh membeli telefon pintar berkenaan menerusi rakan pengendali Samsung, Celcom, Digi dan Maxis, atau mana-mana kedai jenama mudah alih Samsung seluruh negara.

Samsung Electronics Co Ltd, peneraju global dalam semikonduktor, telekomunikasi, media digital dan teknologi digital, mencatatkan jualan US$143.1 bilion tahun lepas