TAPAH: Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Allahyarham Mamat Khalid sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, galeri berkenaan akan memberi nilai penambahan kepada produk pelancongan negeri, khususnya di Pekan Lama, Ipoh.
"Sebelum ini kita ada jalankan usaha sama dengan Allahyarham Mamat Khalid di mana beliau telah menguruskan Sarang Hub di Tanjung Malim.
"Paling terbaharu kita telah membuat rundingan melalui Majlis Bandaraya Ipoh untuk membangunkan semula kawasan di Kampung Kuchai.
"Itu masih lagi dalam perbincangan kerana perkara yang tidak diduga (Mamat Khalid meninggal dunia) ini telah berlaku… kita akan melihat bagaimana untuk teruskan dengan rancangan itu," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian selepas mewakili Menteri Besar Perak merasmikan Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2035 (Penggantian) di Dewan Merdeka di sini, pada Khamis.
Allahyarham Mamat menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 tengah malam Ahad lalu akibat serangan jantung di Hospital Slim River.
Beliau sebelum itu pengsan di restorannya di Sarang Art Hub di Tanjung Malim sebelum dikejarkan ke hospital.
Sepanjang kerjaya seninya, Allahyarham Mamat telah menghasilkan banyak filem yang berjaya di pasaran seperti Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Mak Laksa, Rock Oo Rock Bro dan banyak lagi.
Menurut Nolee Ashilin, perbincangan semula berhubung galeri itu akan melibatkan Datuk Bandar Ipoh dan waris Allahyarham Mamat.
"Kebanyakan tanah di Kampung Kuchai milik persendirian dan banyak warisan atau Kampung Melayu yang bermula di situ masih lagi dikekalkan.
"Kita lihat kawasan itu boleh dibangunkan sebagai tarikan kerana berada dengan kluster pelancongan Pekan Lama Ipoh termasuk 'river side',” jelas beliau.
Nolee Ashilin turut memberitahu, sebelum ini, kerajaan menerima mendapat banyak permintaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengekalkan kawasan kebudayaan tersebut.
“Banyak NGO memohon kita lakukan sesuatu tetapi kekangannya ialah ia bukan tanah milik kita," kata Nolee Ashilin lagi.
Sementara itu, beliau berkata, Draf Rancangan Tempatan itu memberi tumpuan pada tiga perkara iaitu pendidikan, pelancongan dan sumber jaya.
"Antara ketiga-tiga itu ia menjadi teras untuk pelan pembangunan di sini dan akan memberi lebih pembangunan ke arah daya mampan untuk masyarakat," ujarnya.
Justeru, katanya, sektor pelancongan akan menjadi aktiviti ekonomi utama di daerah tersebut.
Di samping memperkasakan bidang pendidikan, penyelidikan dan penggemblengan kepada industri sumber jaya perlu diberi perhatian khusus untuk menyemarakkan lagi perkembangan ekonomi.
Aida Aziz
Thu Oct 28 2021
Sebuah galeri seni bakal diwujudkan di kawasan Kampung Kuchai di Ipoh bagi merealisasikan rundingan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Allahyarham Mamat Khalid sebelum ini.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
Arwah Dollah Cantek miliki sifat humor ketika bekerja - Eric Floor 88
Pengacara dan juga bekas pengurus pentas program-program terbitan Astro, Dollah Cantek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg Pusu Gombak.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Peniaga abadikan nama 'Warung Pak Jabit', mahu nostalgia filem terus hidup
Kedai makan terbiar yang pernah menjadi lokasi penggambaran tiga filem Allahyarham Mamat Khalid kini 'kembali' meriah.
Tourism Perak anjur wayang pacak tayang filem Mamat Khalid
Kome digalakkan membawa kerusi 'healing' atau 'bean bag' untuk keselesaan. Usoh riso kome! Masuk adalah percuma!
'Barkoba' lonjak semula populari Bell, tak lupa jasa Mamat Khalid
Katanya, watak Barkoba cukup memberi kesan dalam hidupnya, sekali gus melonjakkan semula popularitinya dalam dunia hiburan tanah air.
Berkat restu ibu, minum susu atas bas, kemenangan Bell Ngasri lambang kualiti berbanding populariti
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Filem pertama terbitan Awie 'Sue-On' ke pawagam Julai ini
Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian.
Runding dengan waris Allahyarham Mamat Khalid, wujud galeri seni di Kampung Kuchai
MBI perlu mendapat persetujuan daripada waris Allahyarham bagi menempatkan barangan dan karyanya di galeri yang terletak di Kampung Kuchai.
Aidilfitri: Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih
Peminat cari kubur Mamat Khalid, isteri ucap terima kasih