awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Agong santap roti tempayan di gerai curi tumpuan

Farhana Joni
Farhana Joni
15/06/2020
08:30 MYT
Gambar Agong santap roti tempayan di gerai curi tumpuan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah menikmati santapan roti tempayan di gerai di Pekan, Pahang pada Isnin. - Gambar Instagram ISTANA NEGARA
Bukan hanya terkenal dengan sikap yang prihatin bahkan, baginda juga tidak kekok menjalani kehidupan yang santai.
Demikian keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang lazimnya digambarkan oleh rakyat jelata.
Sebelum ini, sudah beberapa kali, baginda mencemar duli turun dari kenderaan rasmi semata-mata ingin memeriksa dan bertanya khabar keadaan mangsa kemalangan walaupun ketika hujan lebat.
View this post on Instagram
Dalam perjalanan ke Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Plaza tol Lebuhraya MEX Putrajaya. Baginda kemudian meneruskan perjalanan ke Istana Melawati untuk Majlis Menghadap Pra Kabinet bersama Perdana Menteri. Daulat Tuanku #agongkita #ourking
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jan 28, 2020 at 4:55pm PST
Lebih membuatkan rakyat berasa sangat bangga ialah apabila baginda sanggup turun padang melihat sendiri bagimana pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan sekatan jalan raya ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.
View this post on Instagram
20 Mac 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia membuat sekatan jalan Raya (roadblock) sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pasukan petugas yang bertugas membendung wabak COVID-19 . His Majesty Seri Paduka Baginda The Yang di-Pertuan Agong visits several road blocks set up by the Royal Malaysian Police in Kuala Lumpur to ensure compliance of the Movement Control Order. His Majesty expressed his appreciation and thanked all those who are working tirelessly and selflessly to combat the spread of the COVID-19 virus.
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Mar 19, 2020 at 9:38pm PDT
Dan hari ini pula, Al-Sultan Abdullah menikmati santapan roti tempatan di sebuah gerai di Pekan, Pahang pula mencuri tumpuan ramai warga maya.
View this post on Instagram
Semasa dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf MUIP, Sungai Soi, Pahang, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan di Daerah Pekan, Pahang. Daulat Tuanku. #agongkita #pahang #malaysia
A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on
Jun 14, 2020 at 9:33pm PDT
Manakan tidak, Al-Sultan Abdullah kelihatan begitu santai dan tidak kekok duduk di atas kerusi plastik serta menggunakan pinggan-mangkuk yang disediakan di gerai itu.
Tiga keping gambar Baginda yang dikongsikan menerusi Instagram Istana Negara itu mendapat tanda suka sebanyak 31,190 selepas tiga jam disiarkan.
"Semasa dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih ke Kompleks Asnaf MUIP, Sungai Soi, Pahang, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkesempatan singgah menikmati santapan roti tempayan di Daerah Pekan, Pahang," tulis status tersebut.
Beberapa warga maya antaranya Sherry Alhabshi menulis "Bangga saya sebagai rakyat Pahang".
Seorang lagi menggunakan nama Riekadier pula gembira dengan sikap merendah diri Baginda.
Kata Zakaria Ibrahim pula; "Terbaik Tuanku, cek (saya) tabik spring Tuanku dari muda-muda dulu lagi. Memang juruh (berbudi bahasa dan baik)," tulisnya.
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
#gerai
#Istana Negara
#Pekan Pahang
#roti tempayan
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan