awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar cucu ditemui di halaman rumah jadi kenangan terakhir

Bernama
Bernama
27/01/2024
23:15 MYT
Gambar cucu ditemui di halaman rumah jadi kenangan terakhir
Zainab hiba sebaik menatap gambar cucunya. Gambar kecil: Gambar Aiman Syafiq semasa di tadika. - Foto Sinar Harian
BACHOK: Nenek kepada seorang daripada mangsa lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh, Pahang, pada Jumaat, tidak menduga sekeping gambar cucunya yang ditemui di halaman rumah menjadi gambar kenangan terakhir buatnya.
Zainab Daud, 71, berkata gambar cucunya, Allahyarham Aiman Syafiq Sudirman, 11, itu dijumpai ketika dia sedang menyapu sampah Isnin lepas.
"Saya ambil dan simpan sebab saya tahu Aiman Syafiq sayangkan gambar itu dan tak sangka ia gambar terakhir dia 'tinggalkan' untuk tatapan saya.
"Bila lihat balik gambar itu saya jadi hiba, syukurlah tidak terbakar bersama sampah lain tempoh hari," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Rengas, Badak, di sini semalam.
Menurutnya cucu keempat daripada lapan itu sangat manja dengannya dan kali terakhir mereka bertemu pada Isnin lepas.
Zainab berkata bapa kepada Aiman Syafiq, Sudirman Mustafa, 36, pulang ke kampung pada minggu lepas bagi menghadiri majlis kenduri kahwin ibu saudara arwah.
"Semasa balik minggu lepas, saya tengok cucu saya itu berselera makan nasi dan mi goreng, selain sempat bersalam dua kali dengan saya sebelum bertolak ke Temerloh.
"Saya diberitahu ketiga-tiga mangsa yang lemas itu adalah sahabat baik sejak kecil dan sebelum kejadian mereka keluar mengaji al-Quran bersama," katanya.
Terdahulu, Bernama melaporkan tiga anak anggota tentera iaitu Amar Mukhlis Mohd Anizan, 13, Aiman Syafiq Sudirman, 11, dan Muhammad Shafiq Aswad Shahril Naim, 11, ditemukan lemas di kolam latihan sebuah kem tentera di Temerloh petang Jumaat.
Ketiga-tiga jenazah mangsa selamat dikebumikan masing-masing Aiman Syafiq di Kampung Badak, Amar Mukhlis di Kampung Kuau, Bachok, manakala Muhammad Shafiq di Kampung Wakaf, Pasir Puteh, selepas solat isyak malam tadi.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#kolam latihan
#kem tentera
#temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan