KUALA LUMPUR: Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh petang tadi.

Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.

Kredit: Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan MACA sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi.

Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.

Pihak bomba juga memaklumkan semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan ketika ini pihak Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syabas telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

Kredit: Unit Forensik Tanah Runtuh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kredit: Unit Forensik Tanah Runtuh Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kredit: Unit Forensik Tanah Runtuh Jabatan Kerja Raya (JKR)