KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) bersama kira-kira 400 mahasiswa berkumpul di Kompleks Beli Belah Sogo di ibu negara hari ini bagi mendapatkan petisyen, menggesa kerajaan agar menangani segera peningkatan harga barangan asas.
Petisyen tersebut digerakkan selama dua minggu secara fizikal dan dalam talian sebelum dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama memorandum.
Presidennya, Wan Muhammad Arif Wan Fariz berkata petisyen tersebut dikumpulkan kerana kerajaan
dakwanya masih belum melaksanakan langkah efektif bagi menangani peningkatan harga barangan sehingga membebankan rakyat, khususnya golongan mahasiswa.
“Kita boleh lihat hari ini mahasiswa di kampus-kampus dah tidak seperti biasa. Ada sahabat-sahabat kami yang makan nasi dengan kuah sahaja, ada juga sahabat-sahabat kami yang terpaksa catu duit dan sebagainya.
“Apabila kita mengambil tindakan di peringkat kafe dan universiti, mereka juga memberi alasan yang sama iaitu harga di luar naik.
"Peniaga juga terpaksa menaikkan harga barangan kerana mereka mahu mendapatkan keuntungan,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Wan Muhammad Arif mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak mengadakan 'pertemuan' di kampus universiti berbanding mencari penyelesaian kepada isu berkenaan.
Sementara itu, Timbalan Presiden gabungan itu, Shauqi Shakir Mohd Syukri berkata gesaan tersebut dibuat bukan kerana menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, sebaliknya memberi mesej bahawa fenomena inflasi menimbulkan kegusaran kepada rakyat.
"Jadi tujuan kami kumpul petisyen dan bawa kepada kerajaan, kami nak agar kerajaan fikirkan bersama Jemaah Menteri dan (agensi) lain untuk mengeluarkan inisiatif bagi membantu masyarakat dan mahasiswa.
"Isu ini isu penting dan perlu diambil penekanan. Setakat yang kami nampak, polemik-polemik politik sahaja yang dimainkan dan bukan tindakan yang bersifat realistik," katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 15 2023
Petisyen tersebut digerakkan selama dua minggu secara fizikal dan dalam talian sebelum dihantar kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama memorandum. - Foto Astro AWANI
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.