KUALA LUMPUR: RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Katanya, anggaran itu masih berada dalam sasaran penambahan kerja sebanyak RM25 bilion bagi FY24 dan FY25 kumpulan itu.
Firma penyelidikan itu berkata, butiran nilai kontrak segmen pertama akan dimuktamadkan tertakluk kepada rundingan antara anak syarikat Gamuda, SRS Consortium Sdn Bhd dan MRT Corp yang merupakan pemaju projek dan pemilik aset dalam tempoh sehingga enam bulan sebelum kerja boleh dimulakan antara suku ketiga atau suku keempat tahun ini.
"Kami menjangkakan kos keseluruhan pembinaan segmen pertama adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion dengan margin untung kasar antara 5% hingga 8%," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Gamuda diberikan kontrak kerja awam bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang Kontrak untuk LRT Pulau Pinang terdiri daripada tiga segmen Pulau Silikon ke Komtar (segmen pertama), Komtar ke Penang Sentral (segmen kedua) dan kontrak pasang siap (turnkey) serta gerabak (segmen ketiga).
Gamuda menerusi SRS Consortium (SRS) telah diberikan kontrak untuk segmen pertama berdasarkan mekanisme permintaan untuk cadangan (RFP) berikutan permintaan Kerajaan Pulau Pinang, yang melantik SRS sebagai rakan kongsi penyampaian projek (PDP) Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang merangkumi LRT Pulau Pinang melalui tender terbuka pada Ogos 2015.
Firma penyelidikan itu berkata, Gamuda sangat berpengalaman dalam mengendalikan projek besar dan pihaknya tidak sebarang kebimbangan dalam pengurusan margin projek sekiranya segmen pertama berada di bawah asas turnkey.
Katanya, kontrak untuk ssegmen kedua dan ketiga LRT Pulau Pinang akan dilakukan melalui tender terbuka yang mana SRS Consortium masih boleh mengemukakan tawaran.
"Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa buku pesanan tertunggak Gamuda meningkat kepada RM24 bilion," katanya.
RHB Investment mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM6.30 sesaham.- Dagang News
Dagang News
Mon Apr 01 2024
Gamuda sangat berpengalaman dalam mengendalikan projek besar dan pihaknya tidak meletakkan sebarang kebimbangan dalam pengurusan margin projek sekiranya segmen pertama berada di bawah asas turnkey. - Gambar hiasan
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Gamuda meterai perjanjian JV bangunkan loji janakuasa hidroelektrik di Sabah
Ia bertujuan membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.
Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.
Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.
Gamuda peroleh kontrak projek kereta api bawah tanah di Taiwan
Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.