awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gandakan usaha, komitmen kelangsungan khazanah budaya Sabah - Jafry

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2020
07:47 MYT
Gandakan usaha, komitmen kelangsungan khazanah budaya Sabah - Jafry
Jafri Ariffin (tiga dari kiri) berkata, Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai pelbagai warisan budaya hasil daripada pelbagai kaum dan etnik. - Gambar ihsan LKS
KUALA LUMPUR:Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah akan terus menggandakan usaha dan komitmen bagi memastikan khazanah budaya di negeri itu tidak luput ditelan zaman.
Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, atas dasar itu pihaknya akan menyokong segala inisiatif yang digariskan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dalam usaha memartabatkan kebudayaan serta adat tradisi suku kaum dan etnik Sabah.
“Sabah kaya dengan keunikan budaya, dengan sokongan kerajaan negeri khususnya dari segi peruntukan kewangan, sudah pasti akan memberi impak kepada usaha mengangkat kepelbagaian budaya masyarakat di negeri ini," katanya ketika satu sesi taklimat di Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) di sini pada Selasa.
Turut hadir Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengurus Besar LKS, Mackey Apison.
Jafry menambah, Sabah adalah sebuah negeri yang mempunyai pelbagai warisan budaya hasil daripada pelbagai kaum dan etnik.
"Warisan budaya yang dimiliki perlu dipertahankan dan dijaga kerana ia menggambarkan jati diri dan lambang sesebuah negeri.
Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa perkara turut dibincangkan termasuk pembinaan 11 buah pusat kebudayaan di daerah terpilih yang mana ketika ini sedang dalam proses memohon pemilikan tanah untuk diwartakan milik LKNS.
Sementara itu Mackey berkata, pusat kebudayaan yang bakal dibina itu bukan sahaja untuk mempromosi adat budaya masyarakat tetapi juga untuk tujuan pengkomersilan produk pelancongan.
Topic Berkaitan
#Warisan Sabah
#Sabah
#budaya
#pelancongan Sabah
#Datuk Jafry Ariffin
#Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah
#Lembaga Kebudayaan Sabah
#khazanah budaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan